Giancarlo Gallifuoco: “Kami Ada Firasat Boleh Kalahkan JDT”

Giancarlo Gallifuoco
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain pertahanan Kuala Lumpur City (KL City), Giancarlo Gallifuoco menghormati status Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan utama lagi besar dalam kancah bola sepak tempatan.

Walaupun begitu, beliau tidak menafikan sebarang peluang dimiliki oleh kelabnya untuk merangkul gelaran Piala FA apabila kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri pada Sabtu ini di Iskandar Puteri.

Bagi Gallifuoco, episod kejayaan menewaskan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2021 menjadi sandaran kekuatan mereka untuk berdepan Harimau Selatan yang mempunyai segala kelebihan apabila beraksi di laman sendiri Sabtu ini.

“Saya berharap [dapat kalahkan JDT], kami mempunyai perasaan yang sama seperti 2021. Kami ada perasaan yang sama apabila berdepan dengan mereka.

“Mereka adalah gergasi, semua orang di Asia Tenggara, di Asia tahu siapa Johor dan berapa mereka habiskan duit untuk memajuka fasiliti dan skuad malah mereka adalah pasukan yang hebat.

“Tapi kami adalah KL City, kami seperti sebuah keluarga dimana kami adalah pasukan yang kerdil tetapi mempunyai hati yang besar,” kata pertahanan dari Australia itu.

Bagi Gallifuoco, walau macam mana sukarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh skuad Bojan Hodak, namun mereka tetap akan berikan saingan terbaik berdepan dengan JDT.

“Kami akan bersatu padu, bekerjasama dan berikan yang terbaik. Itu saja yang kami boleh lakukan.”

Jika episod 2021 berjaya dilakukan semula, ianya pasti menjadi satu sejarah yang begitu hebat bagi bola sepak Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN