Gerrard Dilantik Jadi Pengurus Liverpool U-18, Janji Akan Latih Pemainnya Jadi Fizikal

Lagenda dan bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard sah dilantik menjadi pengurus pasukan Liverpool bawah-18 bermula musim 2017/2018 menurut kenyataan rasmi Liverpool di laman web mereka semalam.

Gerrard akan mengambil alih kerja Neil Critchley yang dinaikkan pangkat menjadi pengurus pasukan Liverpool bawah-23 pula. Pengurus Liverpool bawah-23 ketika ini, Mike Garrity pula akan diserap sebagai staf bawahan Critchley.

Ini merupakan jawatan rasmi pertama Gerrard sebagai staf kejurulatihan Liverpool selepas bersara sebagai pemain.

Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Selepas bersara, Gerrard telah menghabiskan beberapa bulan membantu jurulatih akademi Liverpool di semua peringkat umur. Kerja tersebut adalah salah satu pra-syarat untuk memenuhi keperluan lulus lesen A kejurulatihan UEFA.

Tolak tawaran urus MK Dons

Gerrard yang mendapat tawaran mengurus pasukan League One, MK Dons pada November 2016 lepas menjelaskan keputusan mengurus skuad bawah-18 Liverpool dipengaruhi oleh mentornya dalam bidang kejurulatihan.

“Semua pengurus dan jurulatih yang saya bercakap memberitahu, kerja pertama sebagai jurulatih haruslah kerja yang jauh dari kamera.”

“Saya sedar pengalaman saya [sebagai jurulatih] terlalu cetek untuk mengurus MK Dons. Saya masih belajar. Jadi tawaran kerja bersama skuad bawah-18 sangat sesuai bagi saya.”

The Guardians melaporkan Gerrard telah pun memberi impak positif kepada persembahan pasukan akademi Liverpool pada musim ini.

Menyedari pemain akademi Liverpool lebih gemar bermain dengan skil berlebih-lebihan (showboating) tetapi kurang elemen fizikal, Gerrard telah membuat perubahan.

Ketika Liverpool bawah-18 menentang Manchester City bawah-18 pada Mac 2017 lepas, Gerrard menggesa pemain-pemain Liverpool untuk menaikkan intensiti tempo permainan mereka.

Hasilnya Liverpool berjaya menewaskan City 2-0. Ia merupakan kekalahan pertama skuad bawah-18 City dalam masa 28 bulan!

Pada minggu berikutnya, Gerrard menunjukkan kebenciannya terhadap Manchester United masih lagi membara. Menentang Manchester United bawah-18, Gerrard menyuruh pemain Liverpool bermain dengan fizikal untuk menakut-nakutkan pemain United.

Dalam perlawanan tersebut, seorang pemain Liverpool bawah-18 iaitu Adam Lewis (gambar bawah) – penyokong Liverpool sejak kecil yang menjadikan Gerrard sebagai idola – dibuang padang selepas 30 minit selepas melakukan terjahan keras.

(Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)

“Saya benci tengok bola sepak yang tak fizikal”

Bagi Gerrard, bermain secara fizikal tak semestinya pemain harus melakukan terjahan berbahaya.

“Kami banyak buat latihan merampas bola dalam situasi 50-50. Sebagai pemain, saya banyak juga melakukan terjahan berbahaya sehingga dibuang padang. Bola sepak bukan sekadar fizikal sahaja.”

“Tetapi saya perlu menyediakan mereka [pemain] sebelum mereka masuk ke tahap tertinggi bola sepak. Saya perlu pastikan mereka boleh bersaing ketika kaki mereka sudah letih dan jantung mereka terbakar dalam 5-10 minit terakhir.”

“Saya benci tengok pemain yang tak fizikal dan tak mahu bersaing.”

(Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)

Gerrard yang dijangka akan melengkapkan lesen A kejurulatihan UEFA beliau pada Jun 2017 nanti turut memberitahu:

“Saya suka pemain bola sepak yang berasal dari jalanan. Saya rasa semua pemain terbaik di dunia berasal dari jalanan.”

“Jadi bila saya tengok pemain akademi kami yang bertuah, dimanjakan dengan kemudahan dan elaun yang banyak, saya berpendapat mereka berada di zon selesa. Bila mereka dilepaskan dari akademi, mereka tenggelam.”

“Saya tak mahu mereka tenggelam.”

Melihat keazaman yang ditunjukkan Gerrard dan perubahan yang mahu dibuatnya dalam bidang kejurulatihan, tak mustahil Gerrard mampu menjadi pengurus yang berjaya kelak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN