Zainal Abidin Hassan Fokus Cari Pemain Baharu Untuk Pulau Pinang Jendela Perpindahan Ini

Zainal Abidin Hassan punya banyak kerja untuk dilakukan di Pulau Pinang.

Selepas terlepas slot untuk ke Piala Malaysia, Zainal kini perlu memastikan pasukannya tidak jatuh ke Liga Perdana berbaki 11 perlawanan lagi.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh beliau? Beliau perlu mencari pemain-pemain baharu untuk menguatkan skuad.

Lebih agresif

Menurut sumber kami, Zainal mahu mencari beberapa pemain baharu untuk menguatkan lagi kesebelasan utama beliau.

Tujuannya adalah untuk menjadikan skuad Pulau Pinang lebih agresif dalam perlawanan-perlawanan mendatang.

“Pemain yang ada sekarang bagus tetapi perlu dimantapkan dan dibantu lagi dengan tiga pemain import berkualiti setiap perlawanan.”

“Ketika bertemu JDT saya terpaksa menggunakan seorang import sahaja untuk membantu pemain tempatan namun tidak berjaya seperti bertemu Felda United sebelum ini.”

Menurut apa yang dikatakan oleh Zainal ini adalah seolah-olah beliau bakal mengubah barisan pemain import Pulau Pinang ketika ini.

Setakat ini, pemain seperti Diogo Ferreira dan juga Andrew Russell antara nama-nama yang kurang menyerlah dalam skuad Pulau Pinang ketika ini.

Pulau Pinang ketika ini masih lagi berada di tangga terbawah Liga Super, namun berjaya memperoleh kemenangan pertama liga selepas Zainal mengambil alih pasukan.

Kemenangan mereka hadir selepas menang 1-0 ke atas FELDA United di Jengka.

Baca juga: Gerrard Dilantik Jadi Pengurus Liverpool U-18, Janji Akan Latih Pemainnya Jadi Fizikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN