Gerard Pique Ambil Kursus Di Harvard University, Kejar Cita-Cita Jadi Presiden Barcelona

Alangkah bagusnya jika semua pemain profesional berfikiran seperti Gerard Pique. Ketika pemain-pemain bola sepak Eropah lain sedang merancang percutian mewah musim panas mereka, Pique pula sedang sibuk merancang masa depannya.

Akhbar Sepanyol Mundo Deportivo melaporkan pemain pertahanan Barcelona ini tidak akan berada di Sepanyol untuk menyaksikan perlawanan akhir UEFA Champions League.

Ketika rakan-rakan sepasukannya masih berada di Sepanyol untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut (dan mengharapkan Real Madrid kalah kepada Juventus), Pique pada ketika ini sudah pun berada di Amerika Syarikat.

Pique dikatakan bakal menyertai kursus ‘The Business of Entertainment, Media, and Sports’ di Harvard Business School yang terletak di Boston, Massachusetts.

Kursus ini merupakan persiapan Pique untuk mengejar cita-citanya menjadi presiden Barcelona pada satu hari nanti, seperti yang diberitahunya kepada stesen televisyen Sepanyol TV3.

“Saya tak nampak diri saya sebagai pengurus pasukan. Saya tak rasa saya akan suka kerja tersebut.”

“Tapi sebagai presiden, saya boleh buat. Kerana ia adalah cita-cita saya. Bila saya bersara nanti, saya mahu menjadi Presiden FC Barcelona.”

ESPN juga pernah melaporkan Xavi yang memberitahu Pique berminat menjadi presiden kelab selepas bersara nanti. Xavi sendiri berminat menjadi pengurus pasukan dengan Sergio Busquet sebagai penolongnya. Carles Puyol pula berminat menjadi Pengarah Bola Sepak (Director of Football).

Latar belakang kursus Pique

Kursus ini dinamakan ‘The Business of Entertainment, Media, and Sports’ dan dianjurkan oleh Harvard Business School pada cuti musim panas kepada orang awam yang berminat.

Dalam kursus ini, peserta akan mengkaji aplikasi dan strategi dunia perfileman, televisyen, penerbitan, muzik dan sukan.

Menurut laman web Harvard Business School, kursus ini mengajar peserta melalui “siri kes kajian sebenar, kelas interaktif dan perbincangan kumpulan.”

Antara topik penting yang bakal diajar adalah:

  • Melancar dan mengurus produk kreatif dan portfolio
  • Mengurus dan memasarkan bakat-bakat
  • Memberi tindak balas kepada perkembangan teknologi digital

Bayaran kursus ini agak mahal iaitu USD9,250 (RM39,516). Dengan tempoh kursus ini yang hanya berjalan selama 4 hari, ia sememangnya eksklusif kepada golongan kaya seperti Pique untuk belajar.

Bagaimanapun bagi pemain bola sepak profesional, harga sebegini bukanlah satu halangan jika dibandingkan dengan gaji mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN