Geran Tahunan Pasukan Liga Malaysia Dijangka Berkurangan Musim Hadapan

Saingan Liga Malaysia 2020 mungkin akan menjadi saingan yang paling mencabar dari segi kewangan untuk semua 12 pasukan Liga Super dan 11 pasukan Liga Malajysia pada musim hadapan.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meramalkan peruntukkan geran yang berkurangan berbanding apa yang pernah diperolehi pada musim-musim sebelumnya.

Sejak beberapa musim lalu, setiap pasukan yang beraksi di Liga Super dan Liga Premier, masing-masing akan menerima peruntukkan sebanyak RM3 juta, dan RM1.5 juta dari badan pentadbir bola sepak negara itu di dalam bentuk geran yang sebenarnya adalah imbuhan hak penyiaran dan hasil tajaan.

PASUKAN LIGA MALAYSIA 2018 TELAH MENERIMA IMBUHAN HAK PENYIARAN DAN PENAJAAN SEMALAM
—————-

Dimaklumkan bahawa Football…

Posted by Malaysian Football League on Thursday, March 15, 2018

Setelah melalui kekangan kewangan untuk membayar jumlah yang sama pada musim ini, langkah penjimatan mungkin terpaksa diambil pada musim hadapan, selepas MFL mengakui berhadapan kesukaran mendapatkan penajaan yang menjadi punca utama kekangan kewangan.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi jumlah yang diterima pada musim hadapan akan bergantung kepada nilai tajaan bagi saingan musim 2020.

Bercakap kepada Bernama, Yusoff dipetik sebagai berkata:

“Mungkin tahun depan tak dapat lagi RM3 juta dan RM1.5 juta. Kita akan memberi mengikut nilai (tajaan) berapa yang kita dapat dan nilai yang dijanjikan tahun ini itu, kita buat berdasarkan kepada nilai sepatutnya kita terima daripada penaja lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Bola Sepak Merah Kuning di Shah Alam, baru-baru ini.

Foto: MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL Kevin Ramalingam piila enggan mengulas lanjut mengenai kelewatan atau jumlah pengurangan pada musim hadapan.

“Anggota kanan [Lembaga Pengarah] telahpun memberikan komen [berkaitan]. Ini bermakna saya tidak lagi perlu membuat sebarang komen.

“Kita lakukan semua yang kita boleh dan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN