Piala Malaysia 2019: Chanta Bin Mahu Benam JDT Di Larkin

Menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu ini, pemain import TFC, Thierry Chanta Bin mempunyai misi untuk membantu pasukannya menewaskan JDT.

Pemain skuad Kebangsaan Kemboja berkenaan dilanda kecederaan lutut sejak Julai lalu dan baru sahaja memulakan latihan bersama rakan sepasukan. Tetapi beliau dipercayai masih belum cergas sepenuhnya kerana sekadar mampu berlatih selama 30 minit sahaja.

Beliau bagaimanapun bertekad mahu melupakan kecederaan yang menghantuinya sebelum ini dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam memberi aksi terbaik bagi membantu skuad Penyu layak ke peringkat separuh akhir.

“Kami tahu ia perlawanan yang sukar berbanding musim lalu kerana kami tidak mempunyai sebarang bekalan selepas tewas 0-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu lalu,” kata pemain itu kepada wartawan Berita Harian.

“Selain itu, pemain JDT musim ini sedikit berbeza. Tetapi apa sahaja boleh berlalu di dalam bola sepak dan tidak mustahil kami boleh menang kerana kami berjaya membuktikan pada musim lalu walaupun ramai penggiat sukan meramalkan kami tidak mempunyai kelebihan ketika itu.

“Kami berjaya mara ke final dengan agregat 3-2. Lebih menggembirakan apabila kejayaan itu dilakar di stadium lawan yang menjadi igauan ngeri kepada mana-mana pasukan bermain di Larkin,”.

TFC tentunya memerlukan bahagian tengah yang lebih mantap dan tersusun untuk berhadapan dengan pasukan elit seperti JDT. Namun berdasarkan prestasi tidak konsisten Chanta Bin sejak permulaan musim ini, belum tentu beliau akan dipilih untuk bermain.

Pemain berusia 28 tahun itu dilahirkan di Villepinte, Perancis dan memulakan karier ketika remaja di kelab Perancis, CS Bretigny dan Saint-Jean-le-Blanc. Beliau juga pernah dipanggil untuk mewakili pasukan B-17 Perancis.

Kredit Foto: Fox Sports

Disebabkan ibu bapanya merupakan rakyat Kemboja, Chanta Bin layak mewakili negara Asia Tenggara itu dan mula dipanggil mewakili skuad Kemboja B-23 dalam kejohanan Sukan SEA di Myanmar dan terus mewakili pasukan senior negara itu sehingga hari ini.

“Demi Terengganu, saya akan memberi sepenuh tenaga dan mahu bekerja keras sekiranya diturunkan, lebih-lebih lagi kami pernah mencipta sejarah di stadium itu.

“Namun, terpulang kepada jurulatih sama ada menyenaraikan saya atau sebaliknya tetapi jika ditanya, saya mahu bermain,”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN