Pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi tidak dapat diturunkan dalam perlawanan pertama Liga Super, yang juga menjadi perlawanan merebut kejuaraan Piala Sumbangsih menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari ini.
Ini bermakna pemain naturalisasi negara itu terpaksa menangguhkan debut kompetitif beliau bersama Terengganu FC buat masa ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kepada media baru-baru ini, dan ia menjadi sedemikian kerana status pemain itu yang merupakan pemain pinjaman daripada JDT.
2022: @selangorfc loaned Nik Sharif to @FCTerengganu – Can play against parent team.
2023: @OfficialJohor loan Liridon Krasniqi to Sang Penyu – Can't play against parent team.
That's how football "works", sometimes they are brave enough, sometimes they pretend to be brave. pic.twitter.com/IOYZHFvG5c
— Bola Sepak Terengganu (@BolaSepakTRG) February 20, 2023
Perkembangan terbaru ini turut menyebabkan segelintir penyokong bola sepak berpendapat ketiadaan Liridon adalah disebabkan ‘gentlement agreement’ yang dipersetujui di antara JDT dan Terengganu.
Walaupun tanggapan tersebut mungkin betul tidak dapat dipastikan sama ada perjanjian untuk tidak menurunkan Liridon dalam perlawanan membabitkan JDT adalah perjanjian berbentuk lisan atau kerana ia sememangnya turut terkandung di dalam kontrak pemain itu sebelum menyertai Terengganu (tiada butiran kontrak pernah didedahkan).
Perjanjian secara lisan atau pun turut dikenali sebagai ‘Gentlement Agreement’ boleh digunapakai di dalam pelbagai situasi yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah kelab.
Perjanjian ‘Gentlement Agreement’ di Liga Malaysia
‘Gentlement Agreement’ bukanlah perkara baharu di dalam bola sepak Malaysia dan turut digunakan secara meluas di liga-liga utama bola sepak di Eropah. Selain daripada perjanjian membabitkan pemain yang dipinjamkan, ia turut boleh digunakan di dalam situasi lain sebagai penyelesaian alternatif.
Pada 2017, perjanjian serupa turut diguna pakai oleh JDT membabitkan pemain seperti melibatkan Amri Yahyah, Jasazrin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Safee Sali yang berhijrah menyertai kelab lain.
Pada ketika itu, Amri Yahyah telah tamat kontrak dengan JDT dan Melaka United pula tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepada beliau, jadi JDT bersetuju untuk Melaka United bayar separuh dan JDT bayar separuh sebagai ‘gentlemen agreement’ tetapi dengan syarat Amri Yahyah tidak boleh bermain ketika menentang JDT.
‘GENTLEMENT AGREEMENT’ INI TELAH LAMA DIGUNAKAN OLEH KELAB-KELAB LUAR DI EROPAH DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU. FAHAMI…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, April 13, 2017
Untuk Jasazrin dan Nazrin Nawi, jumlah perpindahan mereka berdua adalah sebanyak RM1.2 juta untuk dilepaskan ke pasukan Perak. Apabila Perak tidak mampu untuk tebus dengan jumlah tersebut dan meminta dikurangkan untuk RM400 ribu, JDT bersetuju dan dengan syarat pemain-pemain ini tidak boleh diturunkan ketika menentang JDT.
Hal yang sama juga berlaku kepada Safee Sali apabila PKNS tidak mampu membayar yuran perpindahan yang penuh kepada JDT, jadi Safee Sali juga tidak dapat diturunkan ketika menentang JDT disebabkan ‘gentlement agreement’ ini selepas JDT bersetuju untuk PKNS membayar separuh sahaja.
Perjanjian di atas melibatkan JDT dan beberapa pasukan lain adalah sekadar contoh bagaimana perjanjian berbentuk ‘Gentlement Agreement’ digunapakai di Liga Malaysia.
Walaupun ia sah dan digunakan secara meluas, terdapat juga bukti bahawa ‘Gentlement Agreement’ seperti perjanjian ibarat sandiwara di dalam bola sepak.
Joe Allen
Apabila Brendan Rodgers meninggalkan Swansea untuk jawatan sama yang lebih glamour di Liverpool, Pengerusi Swansea mengenakan syarat secara “Gentleman’s Agreement” agar tiadak pemain dari Swansea yang akan turut bersama ke Anfield untuk tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan.
Perjanjian itu bagaimanapun tidak diendahkan, dan hanya selepas 70 hari Joe Allen menjadi pemain kedua yang ditandatangani Rodgers di Anfield. Swansea amat kecewa dengan apa yang berlaku sehingga mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyelar tindakan tikam belakang Liverpool – walaupun perjanjian tersebut dilakukan secara bertulis.
Joe Allen & Brendan Rodgers. Looking sharp guys, hahahaha. #LFC #swansea (pic:eirwen,rawk) pic.twitter.com/9P2p2iYw
— LFC Photo (@LFCphoto) August 12, 2012
Liverpool pula mengambil kesempatan dari klausa yang terkandung di dalam kontrak Allen yang membenarkan perpindahan Allen sekiranya tawaran £15 juta diterima dari mana-mana kelab seperti Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City atau Manchester United.
Secara perundangan, Liverpool tidak melakukan sebarang kesalahan. Tetapi siapa lagi yang mendedahkan maklumat klausa tersebut kalau bukan Rodgers sendiri.
Dan Gosling
Apabila Everton mencapai persetujuan secara lisan untuk mengekalkan Dan Gosling dengan kontrak baharu sebelum cuti musim panas 2010, mereka anggap perkara itu sudah selesai. Tetapi ejen pemain itu mempunyai idea lain, mengeksploitasi perjanjian dari Everton yang tidak pernah ditulis secar hitam putih.
Perkara itu membenarkan Gosling untuk meninggalkan Everton dan menyertai Newcastle United tanpa melibatkan sebarang pampasan kerana pemain itu hanya berusia 20 tahun.
#OnThisDay in 2010: @NUFC signed Dan Gosling from @Everton on a free transfer. He played 24 PL games in four seasons at the club, scoring one PL goal. His Newcastle career was hampered with injuries. #NUFC ⚪️⚫️🏴 pic.twitter.com/g4RVXfq9K1
— On This Day in the Premier League (@OTD_PL) July 22, 2020
Gosling adalah bakat muda berusia 18 tahun ketika tiba di Goodison Park dari Plymouth Argyle. Walaupun meninggalkan Everton secara percuma, pihak yang paling terkesan ialah Plymouth Arglye yang sepatutnya menerima sebahagian dari hasil jualan.
Musim berikutnya, Plymouth diisytihar muflis, ditolak 10 mata di saingan League One, dan disingkirkan enam divisyen kerana masalah kewangan yang mereka hadapi.
Saido Berahino
Perkara ini berlaku kepada Saido Berahino pada 2015. Pada ketika itu Spurs melakukan empat tawaran berasingan untuk mendapatkan Berahino, tetapi dihalang oleh kelabnya West Brom.
Terdapat perjanjian di antara West Brom dan Berahino. Pihak kelab akan membawa masuk dua penyerang terlebih dahulu sebelum membenarkan pemain itu menyertai Spurs.
Tony Pulis on Saido Berahino:
“Saido was going to play for England, he was outstanding in that season at West Brom and we’d probably have gone down without his goals. When he didn’t get the move to Spurs [in August 2015] he was never the same again."
Such a waste of talent… pic.twitter.com/x46scUvhIa
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 5, 2019
Kemudian tiba Rickie Lambert dan Salomon Rondon. Berahino yang cemerlang pada musim tersebut apabila jumlah jaringan 14 gol – lebih banyak dari yang dihasilkan Wayne Rooney, Romelu Lukaku dan Robin van Persie – terus dipaksa untuk kekal di The Hawthorns.
Berahino marah dengan pemilik West Brom, Jeremy Peace yang dianggap beliau mungkir janji dan berkata enggan lagi beraksi bersama kelab tersebut. Berahino bagaimanapun terus kekal dan beraksi 35 perlawanan lagi untuk West Brom selepas itu. Tetapi prestasi beliau terus merudum dan tidak pernah sama lagi selepas perkara itu.
Peter Odemwingie
Peter Odemwingie telah menjaringkan lima gol dari 18 perlawanan sebelum permintaan untuk berpindah ditolak oleh West Brom.
Kesabaran Odemwingie memuncak apabila tawaran sebanyak £2 juta oleh QPR ditolak seminggu selepas itu. Diyakinkan pihak tertentu di dalam kelab perpindahan tersebut boleh diteruskan, Odemwingie memandu selama dua jam ke Loftus Road sebelum jendela perpindahan ditutup.
Congratulations on your retirement, Peter Odemwingie! 👏
👕 Lille – 103 appearances
👕 West Brom – 90 appearances
👕 Lokomotiv Moscow – 81 appearances
👕 Stoke – 31 appearances
🚙 Loftus Road car park – 1 appearance@OdemwingieP 😉 pic.twitter.com/4zDPd4JGvx— GOAL (@goal) April 4, 2019
West Brom kemudian kononnya berunding dengan QPR, tetapi ia tidak berhasil seperti diharapkan Odemwingie. Malah pemain itu tidak dibenarkan memasuki stadium oleh QPR. Odemwingie sempat memandu balik untuk menyertai latihan The Baggies pada keesokan paginya.
“Mereka tidak memberikan kebenaran bertulis, tetapi di England apabila anda seorang budiman (gentlemen), maka anda boleh memahami satu sama lain. Pada pendapat saya, semuanya berjalan dengan baik,” jelas Odemwingie selepas itu.
Theo Hernandez
“Terdapat perjanjian secara lisan (gentleman’s agreement) di antara Real Madrid dan Atletico, maka saya berpendapat Falcao ibaray buah larangan,” kata Jose Mourinho pada 2012.
Empat tahun kemudian, Antoine Griezmann menjelaskan sebab beliau tidak akan berhijrah ke Real Madrid disebabkan perseteruan yang wujud di antara kedua-dua kelab, dan perjanjian lisan yang harus dihormati. Sejak 17 tahun yang lalu, tiada perpindahan pemain secara terus melibatkan kedua-dua kelab berlaku.
Left-back Theo Hernandez has completed his move from Atletico Madrid to Real Madrid, signing a six-year contract! https://t.co/de5oBcvoVJ pic.twitter.com/gEnbvRBrem
— B/R Football (@brfootball) July 5, 2017
Perjanjian tersebut bagaimanapun dimungkiri oleh Real Madrid pada 2017, apabila membawa masuk pemain pertahanan Theo Hernandez dari Atletico. Bagaimanapun Real memberi alasan Theo tidak pernah tampil dalam mana-mana perlawanan skuad senior Atletico, dan sekadar seorang pemain dari akademi yang beralih angin kerana mahu mencari peluang baru untuk beraksi.
Selepas semusim dan beraksi 23 perlawanan untuk Real Madrid, Theo Hernandez kemudiannya menyertai Real Madrid. Adakah ianya berbaloi?
Yohan Cabaye
Yohan Cabaye tidak akan meninggalkan Newcastle United pada Januari. Pemain itu dan ejen beliau mempunyai perjanjian gentleman’s agreement untuk terus kekal di St. Jame’s Park sehingga musim panas. Demikianlah laporan akhbar di UK pada Boxing Day 2013.
Cabaye sedang berada di tahap terbaiknya pada ketika itu, dan menjarigkan gol penting menentang Manchester United, Crystal Palace dan Stoke sepanjang Disember. Ia cukup untuk menarik perhatian pasukan seperti Arsenal dan Manchester United untuk memancing pemain itu.
Newcastle reject a £14m bid from Paris St-Germain for France midfielder Yohan Cabaye http://t.co/GBIUisdK5Z #nufc pic.twitter.com/CxmFicazT5
— BBC Sport (@BBCSport) January 26, 2014
“Kami mempunyai perjanjian secara lisan. Musim panas lalu saya tidak boleh berhijrah tetapi pada musim sejuk ini ada satu lagi peluang tetapi mereka tetap menghormati perjanjian tersebut,” kata Cabaye dengan yakin tetapi pada masa yang sama tawaran £19 juta dari PSG untuk pemain itu telah diluluskan.
Alan Pardew, Joe Kinnear dan Mike Ashley semuanya sebelum itu berkata dengan mulut mereka sendiri Cabaye akan kekal, tetapi sebaliknya yang berlaku. Jelas sekali ada isu integriti di kalangan pengurusan tertinggi kelab pada ketika itu.
Riyad Mahrez
Selepas jendela perpindahan Januari 2018 ditutup pemain dari Algeria ini telah ponteng latihan dan tidak mahu bermain. Ramai membuat spekulasi bahawa beliau memberontak dan protes selepas perpindahan ke Man. City gagal.
Mahrez menjadi pemain yang sentiasa dalam radar pasukan besar di Eropah setiap kali jendela perpindahan, dan terdapat perjanjian lisan Leicester akan membenarkan pemain itu pergi jika terdapat bidaan dari mana-mana kelab utama.
Riyad Mahrez went from Le Havre ➡️ Leicester ➡️ Manchester City.
Now he can't see himself anywhere else ❤️
🗣️ "I want to end my career [here]." [RMC Sport] pic.twitter.com/ypgpTXMiUr
— GOAL (@goal) May 17, 2021
Beliau kembali semula ke pangkuan pasukan dalam kekalahan 5-1 di tangan City dan sudah bermain dalam 3 perlawanan terakhir termasuk sepakan percuma cantik untuk gol penyamaan lewat menentang Bournemouth.
Selepas tamat musim 2017/19, perbincangan antara kedua-dua akhirnya berhasil apabila nilai perpindahan dikhabarkan sekitar £60 juta telah dipersetujui. Ia pengurangan sebanyak £40 juta berbanding Januari lalu.
Roy Keane
Roy Keane masih lagi bergelar pemain Nottingham Forest pada ketika ini dan mempunyai perjanjian secara lisan dengan Kenny Danglish untuk menyertali beliau di Blackburn Rovers sekiranya Nottingham tersingkir dari Premier League.
Perjanjian tersebut bagaimanapun hanya berlaku secara lisan dan di antara Keane dan Danglish. Apabila Nottingham sah tersingkir pada musim 1992/93, Danglish perlu menunggu sehingga Isnin – selepas hujung minggu – untuk menyiapkan segala dokumentasi untuk membenarkan Keane menyertai Blackburn.
On this day in 1993, Roy Keane joined #MUFC! pic.twitter.com/pqrYLAmJ2h
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2017
Perjanjian di antara Keane dan Danglish bagaimanapun sampai ke pengetahuan Alex Ferguson. Tidak membuang masa, Keane diterbangkan ke Manchester, disambut oleh Ferguson sendiri, dan dijemput untuk bermain snooker. Pada ketika itulah Ferguson meyakinkan Keane untuk menyertai Man United. Kita semua tahu apa berlaku selepas itu.
“Saya berasa tidak bagus kerana sebelum itu saya berjanji untuk menyertai Blackburn,” ujar Keane kemudian. Keane dan Danglish melupakan apa yang telah berlaku selepas kedua-duanya bersara.
Luka Modric
Strategi mogok pernah digunakan oleh Luka Modric yang merasakan dirinya tertipu oleh janji yang diberikan pengerusi Tottenham, Daniel Levy kepadanya.
Impian Modric ialah untuk beraksi di Champions League. Sebelum itu Levy berjanji akan membenarkan Modric pergi meninggalkan Spurs sekiranya kelab yang tiba dengan tawaran beraksi di Champions League. Pada musim panas 2011, Tottenham menolak bidaan £22 juta, dan kemudian £27 juta daripada Chelsea untuk pemain antarabangsa Croatia itu.
Luka Modric on his blocked move to Chelsea:
"I wanted to fight for trophies and win titles, and I felt this wouldn’t happen if I stayed at Tottenham. I wanted to move to Chelsea, I wanted to move to a more ambitious club. Sadly it was blocked."
Ouch 😅 pic.twitter.com/RSAUjJjbmM
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 18, 2020
Modric kemudiannya memboikot latihan kerana percaya dirinya dan Levy mempunyai “gentleman’s agreement” untuk membenarkan penghijrahan ke kelab yang lebih besar.
Akhirnya Modric terus kekal di utara London untuk semusim lagi sebelum berpindah ke Real Madrid dengan nilai £30 juta pada musim panas berikutnya.
Luis Suarez
“Musim lalu saya berpeluang menyertai salah sebuah kelab gergasi eropah, tetapi saya kekal dan faham jika gagal lagi ke Champions League, saya boleh pergi musim hadapan,” ujar Luis Suarez pada musim panas 2013.
“Saya memberikan segalanya musim lalu, tetapi ia masih tidak cukup untuk kami berada di kelompok empat kelab teratas. Sekarang apa yang saya mahukan ialah agar Liverpool memenuhi janji mereka kepada saya. Ini mengenai perjanjian lisan yang diberikan kelab, tetapi yang mereka sendiri kini langgar.”
On this day in 2013: Arsenal bid £40,000,001 for Luis Suarez 🤦♂️ pic.twitter.com/VB3uE0bFTx
— GOAL (@goal) July 24, 2021
Tidak ada bukti mengenai “gentleman’s agreement” daripada Liverpool itu wujud. Tetapi ia mendorong Arsenal untuk melakukan bidaan £40,000,001 untuk membenarkan mereka berbincang dengan Suarez.
Pemilik Liverpool, John W. Henry pada ketika itu menganggap tawaran Arsenal itu sebagai satu penghinaan.
Kesimpulan
10 bukti di atas adalah contoh bagaimana ‘Gentlemen Agreement’ telah dimanupulasi oleh kelab kerana perjanjian tersebut tidak mempunyai hitam putih.
Di Liga Malaysia, setakat ini belum pernah wujud perjanjian sedemikian dilanggar oleh mana-mana pasukan.
Berkaitan Liridon, juga tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah perjanjian berbentuk lisan untuk tidak menurunkan beliau dalam perlawanan menentang ‘parent club’.
Jika benar ia adalah perjanjian sedemikian rupa, maka kita boleh anggap Terengganu FC adalah pasukan yang jujur. Jika dilanggar, maka ia hanyalah sandiwara seperti 10 kes di atas.