Gennaro Gattuso Sertai Fiorentina Sehari Selepas Dipecat Napoli

Gennaro Gattuso akan menjadi Ketua Jurulatih Fiorentina yang baharu. Perkara itu diumumkan oleh presiden Fiorentina, Rocco Commisso di laman sesawang kelab, dan Gattuso akan memulakan peranan bersama kelab baharunya pada 1 Julai nanti.

Gattuso akan menggantikan Giuseppe Iachini yang meninggalkan kelab tersebut buat kali kedua dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Iachini yang bermula bersama Fiorentina sejak musim lalu, dipecat pada Disember dan diganti oleh Cesare Prandelli. Iachini kembali ke Fiorentina apabola Prandelli melepaskan jawatannya pada Mac lalu.

Dan selepas memastikan Fiorentina mengelakkan diri dari penyingkiran pada musim ini, Iachini melepaskan jawatannya. Fiorentina menamatkan saingan Serie A pada musim ini di kedudukan ke-13.

Media di Itali sebelum ini pernah melaporkan Gattuso akan mengisi kekosongan di Lazio sekiranya kelab itu memecat Simone Inzaghi.

Gattuso kini berusia 43 tahun merupakan bekas pemain AC Milan dan Randers. Beliau turut pernah melatih Milan, sebelum tampil sebagai pengganti Carlo Ancelotti pada Disember 2019 ketika pasukan itu mengalami krisis dalaman.

Gattuso kemudiannya cemerlang meraih trofi pertamanya selaku pengurus bersama Napoli apabila bergelar juara Piala Itali pada Jun lalu.

Namun demikian Napoli tetap terlepas sasaran utamanya, iaitu layak ke pertandingan Champions League pada musim hadapan. Pada Ahad lalu, mereka memulakan saingan minggu terakhir Serie A dari kedudukan keempat. Keputusan seri menentang Hellas Verona di tempat sendiri bagaimanapun membenarkan Juventus yang menewaskan Bologna memintas kedudukan tersebut.

Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis tidak menunggu lama apabila mengumumkan pemecatan Gattuso sebaik selepas perlawanan menentang Verona berakhir.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Genaro Gattuso melalui pautan:

Gennaro Gattuso Dedikasikan Kemenangan Napoli Buat Mendiang Adik

Gattuso: Dulu Saya Suka Bergaduh, Tetapi Sekarang Saya Dah Berubah

Gattuso: “Saya Risau Sebab Lama Tak Kalah, Kami Ke London Bukan Untuk Bercuti”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN