Pengendali baru AC Milan yang menggantikan Vincenzo Montell, Gennaro Gattuso menegaskan pemain sedia ada di dalam kem Rossoneri harus menunjukkan keinginan dan semangat di dalam permainan, sepertimana yang ditampilkan oleh beliau selama 13 tahun beraksi di San Siro.
Gattuso dikenali sebagai seorang pemain tengah yang sentiasa menberikan yang terbaik ketika di atas padang.
Corak permainan Gattuso ibarat seorang jeneral perang, membantu kelab Milan tersebut merangkul 2 kejuaraan Serie A dan 2 kejuaraan UEFA Champions League (UCL) di antara 1999 sehingga 2012.
Selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Montella, Gattuso tidak membuang masa dengan memberi amaran kepada barisan pemain bintang di kelab berkenaan.
Gattuso mahukan pemainnya memberikan 100% keupayaan ketika skuad itu di bawah kendaliannya selepas AC Milan hanya mencatatkan 6 kemenangan daripada 14 perlawanan pada musim ini.
? Here is our new ?⚫ boss, Gennaro Gattuso, leading his debut training session at Milanello
? Ecco gli highlights del Gattuso-day al Centro Sportivo di Milanello ?⚫#weareacmilan pic.twitter.com/edHB6UhOSw— AC Milan (@acmilan) November 28, 2017
Gattuso dipetik sebagai berkata:
“Saya berpendapat pasukan ini boleh melakukan lebih lagi. Kami harus mulai mejadi satu pasukan, masuk ke padang sebagai satu kumpulan. Pemain perlu memiliki semangat seperti pergi ke medan peperangan, bezanya mereka adalah pemain dan memperagakan bakat.”
“Tidak guna mengungkit Gattuso sebagai seorang pemain. Semangat tidak pernah mengalah ketika beraksi itu sentiasa ada pada saya. Saya tidak suka akan kekalahan. Walaupun ketika bermain permainan bola sepak dengan anak saya, semangat sebegitu sentiasa ada.”
“Namun saya telah mendalami ilmu kejurulatihan. Semua semangat yang dimiliki itu tidak memberikan saya lesen. Kerana anda tidak akan berjaya melakukan persiapan untuk menghadapi perlawanan hanya dengan memiliki semangat dan keinginan.”
“Anda juga perlu melalui persiapan secara fizikal, persiapan teknikal dan juga taktikal yang betul menjelang perlawanan.”
LIVE from Milanello! ⚠
Rino Gattuso and Massimiliano Mirabelli are answering all the questions from the media
English Audio ? ➡ https://t.co/quwGy0A1Ut
Mister Gattuso e @MassMirabelli rispondono alle domande dei giornalisti
Audio Italiano ? ➡ https://t.co/cl3QZUqahv pic.twitter.com/dDkb8x3BC9— AC Milan (@acmilan) November 28, 2017
Perlawanan pertama AC Milan di bawah kendalian Gattuso akan hadir pada Ahad akan datang, bertemu Benevento yang belum memperolehi sebarang mata setakat ini.
Manakala skuad kendalian Gattuso berada di tangga ke-7 Serie A, 11 mata di belakang AS Roma yang menduduki tangga ke-4, juga kedudukan terakhir untuk memasuki pertandingan UEFA Champions League.
“Saya melihat dan memikirkan perlawanan menentang Benevento seperti perlawanan akhir Piala Dunia,” tambah Gattuso lagi.
Sebelum ini Gattuso tidak mempunyai sebarang pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan yang berada di saingan utama atau divisyen atasam. Sebelum ini, Gattuso pernah melatih Palermo, Sion, OFI Crete dan juga Pisa.
Di OFI Crete, Gattuso meletak jawatan sebanyak 2 kali selepas kelab berkenaan bergelut dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pemain dan pegawai.
Di Pisa, Gattuso terpaksa berhadapan dengan budaya dan keadaan kerja yang teruk.
AC Milan turut dilaporkan berhadapan dengan siasatan ‘financial fairplay’ oleh UEFA disebabkan jumlah perbelanjaan sehingga mencecah £189 juta pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.
Untuk itu, ini penjelasan Gattuso:
“Saya ada mendengar mengenai perkara itu, tetapi setahu saya setiap pemain menerima bayaran tepat pada waktunya. Saya sukakan kerja saya. Saya mahu melakukan sehabis hati saya.”
“Ia memberikan adrenalin untuk meneruskan impian saya. Ia sentiasa satu penghormatan untuk tampil sebagai pengurus AC Milan.” jelas Gattuso lagi.