Gelagat Kem Liverpool Ketika Sesi ‘Video Call’ Pasukan

Liverpool

Tidak keterlaluan untuk mengatakan antara perkara yang menjadi tunjang kepada kebangkitan Liverpool sejak beberapa tahun ini adalah semangat harmoni yang diterapkan pengurus pasukan, Jurgen Klopp dalam kalangan anak buahnya.

Keadaan itu secara tidak langsung dapat merintis kepada semangat kekeluargaan yang utuh para pemain Liverpool sekaligus menjadikan The Reds antara pasukan disegani di dunia pada ketika ini.

Meskipun tiada sesi latihan yang dapat dilakukan pendahulu Liga Perdana Inggeris 2019/20 dengan kelebihan 25 mata di hadapan juara bertahan, Manchester City susulan wabak COVID-19 itu, Klopp mempunyai cara tersendiri dalam usahanya mengekalkan harmoni pasukan tersebut.

Sesi ‘Video Call’ bersama para pemain yang disiarkan di laman Facebook rasmi Liverpool FC berdurasi 3 minit 54 saat itu memperlihatkan pendekatan digunakan oleh Klopp dalam meninjau aktiviti anak buahnya di rumah.

Kebetulan hari ulang tahun yang ke-17 buat Harvey Elliot tiba pada 4 April lalu, Klopp secara santai meminta kesemua pemainnya untuk menyanyikan lagu selamat ulang tahun dari pelbagai bahasa. Antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Croatia, Portugal, Senegal, Albania dan Arab.

Pelbagai gelagat dan jenaka para pemain Liverpool terutamanya daripada Virgil Van Dijk dapat dilihat menerusi sesi video call pasukan ini. Begitu juga dengan keupayaan Alexander Oxlade-Chamberlain menyanyikan lagu selamat ulang tahun dalam bahasa Croatia dan Senegal.

Respon daripada para penyokong juga dilihat begitu positif dan sebahagian besar daripada mereka sangat terhibur melihat isi kandungan yang dihasilkan oleh media rasmi kelab tersebut.

Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara normal tetapi ia jelas menggambarkan Jurgen Klopp mempunyai karisma seorang ‘Man Management’ yang sangat baik.

Kredit foto: Liverpool FC

Leave a Reply