VIDEO: Gattuso Benarkan Pemain Tampar Beliau Untuk Naikkan Semangat Berpasukan

Empat kemenangan daripada lima perlawanan terakhir, nasib AC Milan yang sering dilanda malang pada awal musim kelihatan mulai berubah sejak di bawah bimbingan Gennaro Gattuso.

Dibantu dengan kemenangan 2-1 ke atas Lazio yang berada di kedudukan ketiga Serie A pada Ahad lepas, AC Milan kini hanya berada tiga mata di belakang slot untuk ke UEFA Europa League pada musim hadapan.

ANSA/ MATTEO BAZZI

Sejak mengambil alih peranan daripada Vincenzo Montella, Gattuso seperti telah mengembalikan mentaliti yang pernah kita saksikan di kalangan pemain Milan satu masa dahulu.

Pengkritik mungkin akan bertanggapan Gattuso ialah seorang jurulatih yang percayakan kaedah orthodox, namun ia telah berjaya mengembalikan keyakinan di dalam skuad Rossoneri setakat ini.

Namun demikian, tindakan Gattuso selepas kemenangan 2-1 ke atas Lazio pada Ahad lalu mendapat perhatian ramai.

Beliau mengumpulkan semua pemainnya di tengah padang membentuk satu bulatan, dan mengarahkan mereka menampar dirinya untuk melepaskan semua perasaan geram dan kekecewaan yang terbuku di hati masing-masing terhadap beliau.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai tindakan beliau itu, beliau menjelaskan:

(Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Saya cuma mahukan pemain-pemain saya berasa gembira. Terutamanya pemain yang mempunyai perasaan marah kerana diletakkan di bangku simpanan.”

“Sekarang mereka mempunyai peluang untuk menampar saya,” ujar Gattuso menjelaskan tindakan beliau itu.

Dalam video yang turut dikongsikan di You Tube, kelihatan beberapa pemain Milan memberikan reaksi dengan menampar pengurus mereka di bahagian kepala, namun melakukannya secara perlahan.

(Photo by Marco Rosi/Getty Images)

Atau mungkin pemain masih tidak berani melakukannya secara bersunguh-sunguh? Semua orang tahu akan karakter yang dimiliki oleh bekas pemain kebangsaan Itali dan AC Milan ini.

Kaedah yang diguna pakai oleh Gattuso untuk menaikkan semangat berpasukan di kalangan pemain-pemainnya agak pelik. Tetapi siapa yang mahu menyangkalnya setelah ia memberi kesan positif ke atas prestasi semasa AC Milan.

Apa kata ianya dipraktikkan di Liga Malaysia? Anda boleh saksikan aksi Gattuso dengan pemain-pemainnya di pautan di bawah.

https://youtu.be/vMYJvXUYtDY

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN