Taktikal Bertahan Mourinho Mudahkan Keputusan Mkhitaryan Sertai Arsenal

Henrikh Mkhitaryan

Henrikh Mkhitaryan menjelaskan bahawa peluang untuk bermain bola sepak menyerang merupakan salah satu sebab beliau tidak teragak-agak untuk berpindah ke Arsenal.

Mkhutaryan sah menyertai The Gunners pada minggu lalu di dalam perpindahan melibatkan pertukaran dengan Alexis Sanchez menuju ke arah yang bertentangan.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Mkhitaryan dijangka akan melakukan penampilan pertama sebagai pemain Arsenal pada awal pagi nanti dalam kunjungan ke Arsenal untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain antarabangsa Armenia itu dilaporkan mulai tidak mempunyai persefahaman dengan Jose Mourinho pada musim ini, dan menjelaskan pilihan meninggalkan Old Trafford adalah keputusan yang mudah kerana Arsenal adalah sebuah pasukan yang berorientasikan corak permainan menyerang.

“Sudah tentu keputusan untuk ke Arsenal adalah mudah. Corak permainan menyerang Arsenal adalah impian pemain seperti saya.” ujar Mkhitaryan kepada laman sesawang kelab berkenaan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata beliau telah pergi menemui Mkhitaryan secara bersemuka dalam percubaan untuk membawa bekas pemain Borrusia Dortmund itu ke Emirates pada 2016.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Pemain perancang berusia 29 tahun itu turut mengesahkan beliau telah mengenali Wenger sejak sekian lama sebelum ini.

Mkhitaryan kemudian menambah:

“Sudah tentu ia adalah perkara yang penting untuk rasa dihormati oleh pengurus anda. Saya sedar sejauh mana tuntutan oleh pengurus seperti Wenger terhadap pemain-pemainya.”

“Dalam corak permainan yang beliau terapkan di Arsenal, Wenger mahukan pemain-pemainnya bebas mengekspresikan diri ketika berada di atas padang.”

“Wenger adalah sebab mengapa saya mahu menyertai Arsenal. Semua orang tahu bahawa beliau adalah pengurus yang bagus.”

Corak permainan bertahan yang diterapkan oleh Jose Mourinho dalam perlawanan-perlawanan tertentu sering mendapat kritikan lawan dan di kalangan penyokong Manchester United sendiri.

Mourinho juga sering menuntut pemain menyerang beliau, termasuk Mkhitaryan untuk melakukan tugas bertahan.

Pemain yang menyertai Manchester United pada 2016 itu turut dilaporkan bertengkar dengan pengendali dari Portugis di padang latihan United, selepas tidak bersetuju dengan peranan yang diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN