Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso meraikan kemenangan pertama beliau bersama dengan AC Milan semalam. Milan menang 2-1 ke atas Bologna. Giancomo Bonaventura menjadi hero Milan dengan 2 gol.
Gattuso memuji pemain tersebut yang disifatkan beliau sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di Serie A buat masa ini.
Gattuso memberitahu, masih banyak kerja perlu dilakukan untuk keluar daripada tempat ke-7. Wartawan turut mengusik Gattuso ketika pengendali itu kelihatan sangat tegang dan penuh emosi ketika di tempat duduk.
Beliau berkongsi perasaan beliau ketika di bangku simpanan dan mengakui dia seorang yang sentiasa panas dan emosi.
“Saya memang seorang yang keras dan panas baran dalam apa sajak keadaan yang berkaitan bola sepak.”
“Bermain bola sepak dengan anak saya pun saya bermain keras, apatah lagi duduk di kerusi simpanan pemain. Ianya keadaan yang lebih mengujakan. AC Milan adalah kulit kedua saya.”
“Kami masih perlu memperbaiki diri kami terutama sekali ketika bertahan kerana Bologna kerap memberikan kami masalah.”
“Namun saya nak ucapkan terima kasih kepada pemain-pemain saya, atas mentaliti dan pengorbanan mereka di dalam padang.”
“Kami harus teruskan kemenangan dan harus ingat bahawa perjalanan masih lagi panjang.”
AC Milan akan berhadapan dengan Chievo Verona dalam 2 perlawanan Coppa D’ Italia selepas ini. Selepas itu AC Milan akan fokus semula untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.