Gennaro Gattuso mengucapkan selamat bersara kepada bekas rakan sepasukan beliau di AC Milan dan juga Itali iaitu Andrea Pirlo.
Mereka pernah mewujudkan gandingan yang luar biasa di tengah ketika era Ancelotti. Pirlo melakukan tugas menghantar bola dan Gattuso pula melakukan kerja-kerja kotor di dalam padang.
Ketika wartawan bertanya, adakah aksi defensif Gatusso membuatkan Pirlo menjadi pemain lebih baik. Gatusso dengan ganas menjawab:
“Jangan mengarut boleh tak! Jangan nak kelirukan orang dengan bandingkan nutella dengan tahi (sh*t). Saya dulu, hampir tukar profesion selepas tengok dia bermain.”
“Saya bertanya, jika begitu cara Pirlo bermain di tengah, adakah orang macam saya ni layak bermain bola sepak?”
“Ketika saya mula bermain, saya tak sangka yang dia lebih bagus dari saya. Kami mula bermain bersama ketika mewakili pasukan B-15 Itali dan kesemua peringkat remaja.”
“Ini bukan soal kualiti, dia dulu juga seekor binatang buas, mampu ‘cover’ 1,000 meter di dalam padang. Beliau pernah ada kualiti atlteik itu. Itulah sebab kenapa dia boleh bermain sampai usia 38 tahun.”
“Dahulu dia seorang yang banyak berlari. 20 tahun saya bermain bersama-sama beliau di semua peringkat. Kalau saya rasa buntu dalam padang, saya akan cari dia dan hantar bola kepada dia. Saya sentiasa rasa selesa beraksi di sebelah Pirlo.”
“Saya tahu tugas saya, dan dia akan lakukan selebihnya. Pirlo banyak membantu saya di dalam karier saya berbanding dengan apa yang saya telah bantu beliau di dalam karier.”
“Di bilik persalinan, dia memang anak yang sial, dengan rendah diri saya sangat hormati ibunya. Dia paling banyak menyakat saya. ”
“Pirlo seorang yang sangat kelakar. Dia orang yang paling banyak makan ‘penumbuk’ saya. Lebih daripada Bud Spencer lakukan kepada Terrence Hill.”
Pirlo kemudian terpaksa meninggalkan AC Milan selepas Milan merasakan beliau sudah tidak mampu bermain baik lagi. Tetapi ketika di Juventus, Pirlo menikmati antara karier terbaik sekali lagi.
Gatusso tidak berkecil hati dengan pilihan Pirlo, walaupun ada ramai Milanisti masih marah dengan Pirlo.
“Dia bertuah kerana bermain dengan Juventus selepas itu dan bekerja keras dengan Antonio Conte untuk menaikkan semula Juventus ke pentas Eropah.”
“Anda semua tahu yang Conte ni orang yang jahat untuk seminggu. Tetapi selepas anda kenal dia lebih, anda akan rasa selesa.”
“Pirlo perlukan seseorang yang tegas seperti Conte untuk menguatkan kembali kakinya dan cara bekerja di dalam padang. Pirlo mahu mendapatkan semula prestasi beliau ketika itu.”
“Pada pendapat saya, itulah sebab kenapa dia ke Juventus. Kerana Conte.”