Video: Masalah Sistem ‘High Line Pressing’ Arsenal Ketika Menentang Manchester City

Dalam satu analisis oleh Alan Shearer di BBC, beliau menggariskan masalah utama sistem high pressing oleh Arsenal dalam perlawanan menentang Manchester City.

High pressing ataupun high line pressing adalah satu sistem menekan lawan di kawasan pertahanan mereka dengan unit pemain serangan.

Apa yang berlaku, Arsenal memang jelas cuba mengaktifkan sistem ini untuk menggangu ataupun membunuh binaan serangan dari bawah oleh Manchester City.

Tetapi masalah utama mereka adalah kurang sokongan daripada garisan kedua selepas garisan atas melakukan tekanan.

Di bawah ini adalah gambar Ramsey yang kecewa tiada sokongan daripada blok di belakang beliau.

Lihat penjelasan kami menerusi gambaran ringkas di bawah ini

Ini reaksi Sanchez apabila beliau sudah melakukan tekanan dan mendesak pemain lawan melepaskan bola. Sanchez kecewa kerana tiada sokongan.

Dan ini menampakkan Sanchez merasakan sistem ini tak akan menjadi dengan sokongan yang lemah daripada rakan-rakan beliau yang lain.

Ianya lebih kepada sikap dan komitmen pemain Arsenal. Jelas sekali arahan sudah diberikan dan pemain di hadapan sudah melakukan kerja mereka.

Jika arahan taktikal itu tidak diberikan, masakan pemain seperti Ramsey dan Sanchez menunjukkan kekecewaan mereka melihat rakan mereka tidak memberikan sokongan.

Ini adalah penjelasan Alan Shearer secara lebih lengkap.

wm3my_1 from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Beliau jelas menyatakan aspek sokongan yang lemah adalah masalah utama Arsenal. City terlalu mudah melepasi blok tekanan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN