Usia mendewasakan kita, itulah kata pujangga yang seringkali kita dengar. Pengurus AC Milan – Gennaro Gattuso – memang antara pemain yang dianggap hati kering satu ketika dahulu.
Beliau sendiri mengakui, ketika menjadi pemain, beliau sangat mudah dipanaskan ‘enjin’ jika ada insiden. Sebaliknya dalam aksi di antara AC Milan dan Lazio, beliau menjadi penenang kepada para pemain kedua-dua pasukan yang sedang bertengkar dan mahu bercakaran.
Gattuso menjerit dan memarahi para pemain kedua-dua pasukan dan meminta mereka menghentikan pergaduhan. Dalam perlawanan tegang tersebut, AC Milan menang 1-0 di tempat sendiri. Gol kemenangan AC Milan dijaringkan Frank Kessie pada minit ke-10.
Kemenangan itu memberikan AC Milan kelebihan berbanding dengan Roma untuk slot kelayakan ke UCL musim hadapan.
Mengulas tentang insiden pergelutan para pemain, Gattuso berkata: “Saya tidak gemar perkara seperti itu lagi. Saya sendiri berusaha sedaya upaya – mengerah otot saya berlari ke arah mereka untuk menenangkan semua orang.”
“Saya sedang duduk di tempat duduk pengurus dan saya melihat para pemain bertikam lidah. Paling penting perkara itu harus berakhir di situ.”
Ada beberapa wartawan agak lucu mendengar Gattuso cuba menenangkan keadaan. Lalu Gattuso berkata lagi:
“Ya, ketika saya masih menjadi pemain, saya sangat ‘suka’ dengan perkara seperti ini. Senang-senang sahaja insiden seperti itu menghidupkan ‘api’ saya.”
“Namun sekarang [selepas semakin berusia], saya sudah melihat perspektif berbeza. Lagipun saya sudah terlalu tua untuk benda-benda seperti itu.”
“Tambahan pula, jika saya bagi penampar kepada mana-mana pemain. Sudah pasti saya akan mendapat balik tamparan daripada pemain – yang pergi ke gym lebih banyak berbanding saya.”
Gattuso menyatakan kemenangan AC Milan ke atas Lazio agak ‘hodoh’ namun sangat bermakna. Milan kini dibezankan hanya 2 mata daripada pasukan tempat ke-3, Inter Milan.
“Kami berhadapan pasukan Lazio yang sangat bagus. Dan kami sudah membuktikan dalam perlawanan sebelum ini kami mampu menang dengan cara hodoh seperti ini.”
Untuk satu lagi insiden, Gattuso kemudian menyatakan bahawa AC Milan perlu meminta maaf kepada pihak Lazio. Ini selepas Bakayoko dan Frank Kessie mengangkat jersi Acerbi – memperli pemain itu dalam keraian kemenangan AC Milan.
#Gattuso responds to #Bakayoko–#Kessie–#Acerbi feud: 'We must apologize' https://t.co/5FXdv9v06g pic.twitter.com/csP5R9FxXV
— CalcioMercato (En) (@CmdotCom_En) April 14, 2019
Acerbi sebelum perlawanan menganggap Lazio pasukan lebih baik daripada Milan.
Acerbi kecewa kerana Bakayoko dan Kessie seolah-olah mengambil perang psikologi sebelum perlawanan menjadi satu kebencian.
Acerbi menulis di twitter beliau:”Saya kecewa kerana saya sentiasa terbuka untuk bertukar jersi dengan pemain lawan selepas tamat perlawanan. Membangkitkan api kebencian bukan sebahagian daripada sukan tetapi satu petanda kelemahan.”
Sono dispiaciuto perché ho scambiato la maglia per mettere fine alla questione, fomentare odio non è sport ma un segno di debolezza.#Acerbi #Ace #CMonEagles pic.twitter.com/hgZwt12py6
— Francesco Acerbi (@Acerbi_Fra) April 13, 2019
Immobile kemudian mengganggap para pemain AC Milan sebagai ‘pemain kerdil’. Bakayoko membalasnya dengan berkata: “Ianya berlaku kerana terlalu girang. Saya tidak memperlekehkan sesiapa. Saya minta maaf kepada Acerbi jika beliau terasa hati.”
Gattuso kemudian memberitahu akan mengkaji semula peraturan penggunaan media sosial oleh para pemainnya. Beliau meminta agar itu dikurangkan dan digunakan dengan lebih matang.
AC Milan akan berhadapan Lazio sekali lagi pada 24 April ini dalam separuh akhir ke-2 Coppa Italia.