Polis Selatan Yorkshire Siasat Insiden Terowong Melibatkan Joey Barton

Polis Selatan Yorkshire kini sedang menyiasat insiden terowong yang berlaku dalam perlawanan di antara Barnsley dan Fleetwood Town di Oakwell.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Barton ditewaskan oleh Barnsley 4-2.

Tweet oleh penyerang Barnsley menuduh pengurus Fleetwood, Joey Barton telah menyerang pengurus Barnsley – Daniel Stendel. Namun tweet tersebut sudah pun dipadam – mungkin atas nasihat daripada pihak kelab.

Barton berang dan dikatakan menyerang dengan ganas Daniel Stendel sehingga beradarah di muka.

Barnsley kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut berbunyi: “Pihak kelab mengesahkan bahawa ada insiden seperti dinyatakan berlaku selepas perlawanan hari ini.”

“Pihak polis Yorkshire Selatan kini sedang menjalankan siasatan ke atas isiden tersebut.”

“Kelab akan memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya diperlukan. Jadi buat masa ini, kami tidak boleh memberikan komen yang lanjut tentang insiden ini.”

Sky Sports menayangkan footage rakaman yang menunjukkan Joey Barton ditahan polis ketika beliau mahu keluar meninggalkan stadium.

Kenyataan daripada pihak polis Yorkshire Selatan menyebut: “Kami mendapati ada sesuatu berlaku di terowong selepas tamat perlawanan dan kami sedang menjalankan siasatan.”

Jika Joey Barton didapati bersalah, beliau bakal berhadapan dengan hukuman berat. Agak menarik juga apabila Joey Barton pada 8 tahun lalu memuat naik status ini:

Joey Barton memang dikenali dengan sikap panas baran beliau sejak menjadi pemain lagi. Tidak sangka pula panas baran itu masih dibawa beliau bersama ketika menjadi pengurus.

Jika Barton dikenakan hukuman gantung, ia bakal memberikan impak kepada kelab mereka yang kini berada di tangga ke-2, dalam usaha mereka memenangi promosi ke Championship.

Leave a Reply