Gasperini Janji Atalanta Akan Berpesta

Gian Piero Gasperini mendedikasikan kejayaan Atalanta melangkah ke suku akhir kepada penyokong kelab itu yang terkesan dengan wabak coronavirus.

Pengurus Atalanta itu berharap kemenangan tersebut mampu memberikan sedikit berita gembira buat penyokong yang berhadapan dengan detik sukar ini.

Itali menjadi negara paling terkesan di Eropah akibat wabak coronavirus dengan lebih 400 kematian dicatatkan, dan lebih 16 juta penduduknya kini turut dikuarantin.

Situasi semasa tersebut menyebabkan segala aktiviti sukan di negara tersebut ditangguhkan sepenuhnya selama sebulan sehingga 3 April.

Jika keadaan tidak menunjukkan sebarang pengurusan positif, badan pentadbir bola sepak di Itali turut mungkin akan menggantung saingan Serie A sepenuhnya – yang bermaksud tiada juara akan dinobatkan pada musim ini dan perlawanan play-off akan diadakan.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi Josip Ilic menyumbat empat gol untuk Atalanta menewaskan Valencia 4-3 di Stadium Mestalla – tanpa kehadiran penyokong.

Kemenangan tersebut membenarkan Atalanta mara ke suku akhir dengan agregat 8-4, sekaligus menjadi pasukan pertama mara di penampilan pertama pertandingan ini sejak Leicester City pada musim 2016/17.

Keputusan menangguhkan Serie A bermakna Atalanta tidak akan mempunyai perlawanan sehingga bulan hadapan. Malah masa depan saingan Champions League pada musim ini turut masih samar.

https://twitter.com/SportcentarInfo/status/1237539937274048512

“Kami amat gembira untuk keputusan yang amat bermakna untuk wilayah kami yang kini sedang menderita,” ujar Gasperini kepada Sky Sport Italia.

“Kami tahu ramai yang memberikan sokongan dari rumah, dan kita tidak boleh keluar untuk meraikannya. Tetapi saya yakin kita akan mempunyai masa untuk melakukannya pada Jun di akhir saingan nanti.

“Kita akan mengadakan pesta besar-besaran untuk setiap pencapaian, dan juga untuk bahaya [wabak coronavirus] yang kita akan kalahkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN