Dollah Salleh Puas, Taktikal Lancar Dalam 3 Perlawanan Setakat Ini

Pahang akhirnya mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini dalam saingan Liga Super Malaysia.

Pahang jelas menguasai perlawanan ini dan mencipta beberapa peluang sejak awal perlawanan lagi.

Pahang berjaya juga mendahului menerusi Carlos pada minit ke-21 selepas hantaran lintang rendah dari Sumareh ditolak oleh Carlos melepasi Azraie.

Itu merupakan gol ketiga beliau daripada tiga perlawanan CIMB Liga Super.

Carlos kemudian berjaya memenangi penalti untuk pasukannya pada separuh masa kedua. Dan penalti itu disempurnakan oleh Herold Goulon pada minit ke-50.

Pahang berjaya menewaskan Sabah 2-0. Dan ini juga merupakan kekalahan pertama Tambadau pada musim ini selepas mencatatkan satu kemenangan dan satu seri sebelum ini.

Selepas tamat perlawanan, pengendali pasukan Pahang gembira kerana anak anak buahnya berjaya melaksanakan perancangan taktikal beliau dengan baik.

Cuma beliau agak kurang berpuas hati dengan penyudah di hadapan gol walaupun mereka bermain dengan penguasaan bola yang tinggi.

“Kita masih bagi yang terbaik, terutama sekali pada separuh masa pertama, di mana kita bermain mengikut arahan [taktikal].”

“Rentak permainan itu tak berubah lagi, masih lagi kita menguasai permainan dalam tiga perlawanan ini. Cuma kita ni selalu melepaskan peluang-peluang yang terhidang.”

“Namun saya berpuas hatilah pada malam ini.. walaupun masih juga kita melepaskan beberapa peluang terhidang. Tetapi kemenangan 2-0 itu sudah memadai.”

Pahang selepas ini akan berhadapan dengan pasukan Melaka United, Kedah dan diikuti perlawanan berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN