Ini satu tindakan yang cukup pedas dari Xherdan Shaqiri!
Pemain Liverpool tersebut telah memberikan satu mesej yang cukup pedas buat bekas pemain Manchester United, Gary Neville dalam jersi pemberian beliau.
Menurut laman Liverpool Echo, tindakan Shaqiri itu dilakukan selepas Jamie Carragher menewaskan Neville dalam satu pertaruhan di Sky Sports.
Pertaruhan tersebut adalah salah seorang dari Carragher atau Neville perlu memakai jersi pasukan lawan mereka jika tewas dalam penentuan sepakan penalti.
Neville tewas dalam pertaruhan itu dan perlu memakai jersi Liverpool.
Carragher yang pada mulanya mahu Neville menyarung jersi “Carragher 23” menukar pilihan apabila mahu bekas pemain Manchester United itu menyarung jersi “Shaqiri 23”.
Hal ini kerana, Carragher tahu Neville tidak gemar akan Shaqiri.
Terdahulu, Neville telah mengecam Shaqiri sebagai pemain yang tidak profesional di dalam satu siaran di Sky Sports.
Peluang ini digunakan oleh Shaqiri untuk menghentam semula Neville dalam jersi pemberian beliau.
“Kepada peminat nombor 1 saya Gary Neville, tolong jangan track back semula.”
“MAAF. Jangan berundur dari pertaruhan ini.”
Neville mendakwa Shaqiri sebagai pemain yang tidak profesional ketika berada di Stoke City.
Beliau mendakwa pemain Switzerland itu sengaja menjauhkan diri dari rakan sepasukan di Stoke City.
Sambil itu, tahap profesional Shaqiri turut dipersoal Neville kerana pemain itu mampu menghasilkan aksi cemerlang bersama Switzerland namun tidak mampu memberikan persembahan terbaik ketika bersama kelab.