Terengganu City FC Sediakan 10 Bas Percuma Untuk Penyokong

Demi menghargai penyokong setianya, sebuah kelab kecil dari Terengganu iaitu Terengganu City FC (TCFC) menyediakan 10 buah bas percuma bagi memudahkan peminat kelab itu berkunjung ke tempat lawan.

TCFC dijadualkan menentang MOF FC untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FAM di Stadium Mini Inspen, Bangi pada 26 Ogos.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman facebook rasmi TCFC, bas akan bertolak pada hari perlawanan dan terus pulang ke Terengganu selepas tamat perlawanan.

Para penyokong yang berminat untuk menyertai rombongan ini boleh menghubungi melalui whatsapp ke +60 11-3986 3384 /+60 13-941 6535 atau mesej ke laman rasmi facebook TCFC.

Pemenang perlawanan ini akan layak ke Liga Perdana 2019 dan akan ke perlawanan akhir Piala FAM bertemu pemenang diantara Petaling Jaya Rangers Football Club (PJFC) atau Selangor United Team

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FAM akan diadakan di gelanggang keramat mereka, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium pada 31 Ogos 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN