Gary Neville telah kembali semula ke skysports untuk menjadi pundits. Beliau meramalkan persaingan kejuaraan liga musim hadapan akan terbuka di antara Manchester United, Manchester City, Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Tottenham.
Gary Ramal Manchester United Akan Menjuarai Liga!
Nampak gayanya, Gary Neville meletakkan harapan yang tinggi ke atas Manchester United untuk menjadi juara pada musim baru.
Ketika ditanya tentang ramalan beliau untuk musim baru di skysports Gary menyatakan beliau agak sukar untuk menjelaskan asas kepada ramalan beliau kerana saingan musim depan kelihatan agak sengit.
Neville meramalkan Manchester United sebagai juara Liga dan diikuti oleh Arsenal di tempat kedua sekali lagi. Neville merasakan Pep Guardiola akan berdepan kesukaran pada musim pertama beliau di City.
Ini kerana Guardiola perlu menyelesaikan berberapa isu dalam pasukan Manchester City termasuk penetapan skuad utama. Lantas beliau meramalkan tactician Sepanyol itu masih berupaya untuk berada di top 3.
Namun, yang agak menarik apabila Neville memilih Liverpool sebagai pasukan yang akan berada di tempat ke-4 iaitu tempat untuk slot ke Liga Juara-Juara Eropah. Neville merasakan Liverpool pasukan yang lebih stabil pada musim baru.
Musim Yang Sukar Untuk Semua Orang Membuat Ramalan
“Saya benar-benar keliru untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Saya yakin orang lain pun sama, dan ia bukanlah perkara yang buruk”
“20 tahun sebelum ini mungkin kita lebih mudah untuk membuat ramalan sebelum sepak mula musim baru, namun kali ini ramai antara kita tidak tahu.”
“Saya ramalkan Manchester United untuk kejuaraan Liga dengan Arsenal di tangga kedua, Manchester City di tempat ketiga dan Liverpool keempat.”
“Tetapi, jika ada sesiapa yang mempersoalkan kenapa saya bercakap seperti ini? Saya ingin menjelaskan bahawa saya sendiri pun benar-benar keliru buat masa ini.”
“Semua pihak telah melihat bagaimana Manchester United yang sudah mendapat pengurus baru dan juga wang untuk dibelanjakan. Ia adalah menarik untuk melihat apa yang bakal berlaku.”
Neville tidak begitu yakin Antonio Conte dan Chelsea akan berjaya berada di 4 teratas musim baru. Conte pada pandangan Gary memiliki pasukan yang sangat berpengalaman. Conte juga seorang jurulatih yang gemar menggunakan skuad yang besar.
Baca juga: UEFA Super League Adalah Liga Untuk Duit, Pilih Kasih Kepada Kelab Besar?