Mino Raiola Daripada Budak Pizza Kepada ‘Jerry Maguire’

Anda mesti pernah menonton filem Jerry Maguire lakonan Tom Cruise yang popular dengan tagline “Show Me The Money!”

Jerry Maguire  bersusah payah untuk mendaki ke puncak dengan cara kerja beliau sendiri. Itulah yang berlaku kepada Mino Raiola yang kini dikatakan lebih kaya daripada Jorge Mendes dalam dunia agensi sukan pada hari ini.

Di bawah ini adalah gambar yang dirakam sehari selepas Mino Raiola menerima imbuhan sekitar £25 juta hasil daripada penjualan Paul Pogba. Raiola cuma berseluar jeans dan berbaju-t sahaja.

NINTCHDBPICT000257900324

Latar Belakang  Mino Raiola

Raiola dilahirkan di Naples Itali pada 1967 oleh keluarga berketurunan Belanda. Pada usia beliau setahun, keluarga beliau behijrah ke Harleem di Belanda.

Ketika di bangku sekolah beliau banyak membantu keluarganya di restoran pizza di Harleem termasuk menjadi budak penghantar pizza untuk kedai ayahnya.

Raiola memang seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktif bersukan. Beliau dikenali sebagai atlit pingpong yang hebat ketika di sekolah dan juga kolej.

Raiola kemudiannya memasuki sekolah perundangan. Selepas tamat pengajiannya, Raiola meyertai ahli lembaga kelab Harleem HFC di Belanda.

Haarlemstadion700px

Beliau kecewa selepas banyak kertas kerja yang beliau hasilkan dipandang remeh oleh pengurusan kelab. Raiola orang yang lantang bersuara mencadangkan perubahan dalam pengurusan kelab.

Ia membuatkan beliau tidak digemari ramai pihak yang sudah lama dalam pengurusan kelab tersebut. Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pengurusan kelab tersebut.

Menerokai Dunia Ejen Pemain Bolasepak

Raiola kemudiannya menyertai syarikat agensi pemain Sports Promotion. Ketika di sana, Raiola cemerlang apabila berjaya melakukan transaksi besar beliau yang pertama apabila membantu Wink Jonk dan Bergkamp berhijrah ke Inter Milan pada 1993. Transaksi Jonk dan Bergkamp bernilai £7.1.

26EE5B2700000578-3008302-image-m-34_1427149176746

Sebelum itu beliau dikatakan sudah berjaya melakukan transaksi Frank Riijkaard ke AC Milan dengan yuran yang tidak didedahkan.

Bergerak Solo

Beliau akhinya memutuskan untuk bekerja sendiri setelah berpengalaman mengendalikan kertas kerja dan kertas kontrak pemain. Beliau semakin mahir dalam selok belok dunia ejen bolasepak.

Beliau telah mendekati Pavel Nedved dan berjaya menjadikan pemain itu sebagai klien pertama beliau secara persendirian pada 1996. Raiola membantu Nedved untuk ke Itali menyertai Lazio.

© MARCO ROSI  LAPRESSE 12-06-2003 PRAGA SPORT - CALCIO PAVEL NEDVED PREMIATO GIOCATORE DELL'ANNO DELLA REPUBBLICA CECA 2002-2003 NELLA FOTO MINO RAIOLA ( PROCURATORE) E PAVEL NEDVED

Kemampuan Raiola untuk bertutur bahasa Itali telah membantu  memudahkan perpindahan Nevded ke Lazio. Nedved berjaya bermain di Serie A selepas cemerlang dalam Euro atas bantuan Raiola.

Nevded juga mendapat gaji lebih lumayan dan karier lebih baik.

Pavel-Nedved-Lazio-e1470138116604

Bertemu Ibrahimovic

Pada 2003, pemain muda Ajax Amsterdam, Zlatan Ibrahimovic telah mencari ejen baru. Rakan Raiola yang merupakan journalist di Belanda, Thijs Sleger telah mengatur pertemuan kedua dua mereka.

535027-22645039-2560-1440

Ibrahimovic pada awalnya terkejut dengan Raiola yang selekeh.

“Mulanya saya menjangkakan saya akan bertemu dengan orang yang berpin-pin dan berjam tangan emas besar”

“Sebaliknya, yang datang adalah lelaki yang memakai jeans dan t-shirt Nike dengan perut besar, tak ubah seperti lelaki dalam persembahan soprano.”

“Kami terus memesan blok piza besar untuk 5 orang dan dia terus makan” – Ibrahimovic

Walaubagaimanapun, Ibrahimovic kagum dengan sikap Raiola yang serius dalam kerja. Raiola juga menasihati Ibrahimovic untuk menjual kereta dan jam mewah dan tumpukan perhatian kepada usaha untuk menjadi pemain terbaik di Eropah.

Sikap Raiola itu yang membuatkan Ibrahimovic berubah hati, walaupun pada awalnya, beliau menganggap Raiola seperti orang tidak siuman. Ibrahimovic akhirnya bernaung di bawah beliau sehingga ke hari ini.

Pada 2004, Raiola telah membantu Ibrahimovic berhijrah dari Ajax ke Juventus. Selepas itu, sepanjang karier Raiola, Ibrahimovic adalah klien yang banyak memberikan duit kepadanya dengan perpindahan ke Barcelona (2009), AC Milan (2011), Paris Saint-Germain (2012) dan terbaru Manchester United (2016).

Transaksi Mkhitaryan Dan Balotelli

Pada 2013, Raiola berjaya membantu seorang lagi klien baru beliau, Henrik Mkhitaryan yang menyertai Borussia Dortmund dalam perjanjian bernilai £23.6 juta.

Pada 2014 pula, Raiola membawa kembali Balotelli kembali ke England untuk perpindahan £16juta.

Mino-Raiola-667338

Mengikat Paul Pogba

Tidak ramai ejen yang mengesan potensi nilai pada Paul Pogba. Menurut Sir Alex Ferguson, Raiola bekerjasama dengan Paul Pogba ketika tahun terakhir kontrak beliau di Manchester United dahulu.

United cuba untuk mengaktifkan klausa pembaharuan selama setahun dalam kontrak Pogba, namun Raiola muncul untuk memberitahu Pogba bahawa beliau ada idea lain, jika Pogba sanggup menggunakan khidmat beliau.

Pogba bersetuju dan Raiola dilantik menjadi agent baru beliau. Apa yang berlaku, Raiola mencadangkan agar Paul Pogba meninggalkan United dan beliau ada hubungan yang baik dengan Juventus.

0361603001467917362_filepicker (1)

Kelab yang pernah membeli klien beliau seperti Nevded dan Ibrahimovic. Pogba tidak menandatangani kontrak baru di United dan menyertai Juventus secara percuma pada 2012.

Ironinya, 4 tahun selepas itu, Raiola adalah orang yang menerima imbuhan besar daripada perpindahan kembali Pogba dari Juventus ke United. Beliau dikatakan menerima £25 juta  bayaran khidmat ejen hasil daripada penjualan £89juta Pogba ke United.

Tidak cukup dengan itu, Raiola seakan-akan memperoleh durian runtuh sejak Mourinho menyertai United. 3 klien beliau, Ibrahimovic, Mkhirtaryan dan Pogba berjaya memeterai perjanjian kontrak mewah dengan United.

Masih Ada Potensi Wang Masuk Dalam Masa Terdekat

Pemain tengah Paris Saint-Germain Blaise Matuidi sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Juve sebagai pengganti Paul Pogba

Nama-nama besar lain dalam senarai dikehendaki dalam pasaran perpindahan adalah bintang Napoli Marek Hamsik, penjaga gol muda AC Milan-Gianluigi Donnarumma, bek kiri PSG-Maxwell, Gregory van der Wiel, dan pemain yang kini berada Fenerbahce, Vladimir Weiss.

Selain itu 2 lagi klien beliau, Lukaku dan Balotelli juga dalam potensi untuk keluar daripada kelab masing-masing. Lukaku kini ditag oleh Everton dengan nilai £75 juta dan sedang dikaitkan dengan kepulangan semula ke Stamford Bridge.

Kuasa Super Agent Raiola

Itulah kuasa Super Agent Mino Raiola yang juga menjadi mimpi ngeri kepada banyak kelab di Eropah kerana beliau boleh mempengaruhi pemain untuk meninggalkan kelab.

mino-raiola-1864x1242

Sir Alex Ferguson antara yang lantang mengkritik kuasa Super Agent seperti Raiola.

“Ada seorang dua ejen bolasepak yang saya memang tidak suka, Mino Raiola dalah salah seorang daripadanya.”- Sir Alex Ferguson

Raiola juga bukan individu yang digemari oleh penyokong seperti Dortmund dan Juventus kerana peranan beliau dalam membantu transaksi keluar bintang berkelas dunia mereka.

Ada berberapa ketika juga, peminat mungkin menggemari Raiola kerana berjaya mendesak bayaran yang tinggi untuk pemain-pemain mereka.

Raiola akan mendapat bayaran khidmat ejen dan ia antara sebab kenapa kerja Raiola adalah bermotifkan wang. Tapi itulah hakikat dalam dunia bolasepak. Apa yang pasti Mino Raiola adalah pemain besar dalam bidang beliau.

Tidak semua orang ada bakat seperti beliau. Latar belakang beliau telah menjadikan Raiola seorang yang bijak berkata-kata dan teliti di dalam kerja.

Baca juga: Rasmi: Manchester United Menandatangani Paul Pogba dengan Rekod Baru Perpindahan Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN