Bekas bintang Manchester United, Gary Neville tampil mempertahankan Harry Maguire selepas ramai pihak yang menghentam ketua pasukan Red Devils itu sebagai punca terhasilnya gol pembukaan Sevilla.
Manchester United berkunjung ke Ramon Sanchez Pizjuan untuk aksi leg kedua peringkat suku akhir saingan Europa League bertemu Sevilla.
Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2 ketika aksi leg pertama yang dilangsungkan di Old Trafford pada minggu lalu.
Maguire will get battered but that pass from DeGea I wouldn’t like!
— Gary Neville (@GNev2) April 20, 2023
Skuad Red Devils jelas sekali sangat berharap mereka akan mampu mencatatkan kemenangan di Sepanyol dalam usaha mereka untuk layak ke peringkat separuh akhir.
Namun begitu, skuad kendalian Erik ten Hag itu sudah melakukan kesilapan yang sangat fatal seawal minit ke-8 permainan, dan kesilapan itu telah menghadiahkan gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah.
David de Gea menghantar bola ke arah Harry Maguire di kawasan kotak penalti, dengan tiga pemain Sevilla ketika itu sedang berada berhampiran dengan ketua pasukan Man United itu.
Erik Lamela berjaya mencuri bola dengan En Nesyri kemudiannya menyempurnakan kesempatan itu dengan menewaskan De Gea untuk membantu Sevilla mendahului 1-0.
Maguire teruk dihentam oleh para penyokong kerana membuat kesilapan yang terlalu dungu hingga menyebabkan gawang gol mereka dibolosi.
Harry Maguire asked for the ball before giving it away for Sevilla's opener 🙃 pic.twitter.com/CSbeCPZpJF
— ESPN FC (@ESPNFC) April 20, 2023
Namun begitu, di mata legenda kelab, Gary Neville, Harry Maguire tak sepatutnya dipersalahkan untuk gol tersebut.
“Maguire akan dihentam, tapi hantaran dari De Gea itu saya tak suka.”
Tulis Neville di laman twitter miliknya.
Bekas pemain akademi Man United, Robbie Savage turut bersependapat dengan Neville yang Maguire tak sepatutnya dijadikan kambing hitam untuk gol tersebut.
Bercakap kepada BT Sport, Savage mendedahkan bahawa:
“United mencuba bermain dari belakang, hantaran dari David de Gea itu, ada tiga pemain memakai jersi putih di sekitar Harry Maguire, lihat saja. Dia berada di tengah-tengah segi tiga, saya sendiri tak rasa dia nak bola di situ.”
Robbie savage: "I don't think Maguire wants that pass, it's a mistake from De Gea."
Harry Maguire: 🙋♂️ pic.twitter.com/mdAndKPRbd
— Craig Alston 🇺🇦 (@CraigAlston27) April 20, 2023
“Ia pressing yang bagus dan dengar sini, ia penyudah yang menakjubkan. Maguire boleh buat yang lebih baik tapi kenapa David de Gea tak hantar bola kepada Wan-Bissaka? pemain centre back itu berada di tengah-tengah segi tiga, tiga pemain cuba tutup ruang dari dia.”
Savage kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
“Ya, itu kesilapan Harry Maguire, tapi David de Gea jelas sekali perlu mainkan bola ke arah Wan Bissaka. Sangat lemah. Sudah tentu penyokong Manchester United dan pengurus Man United sangat gembira andai Fernandes bermain. Tapi dia tak main dan kamu tak sepatutnya cari alasan untuk kesilapan itu.”
“Ia sangat menyedihkan. Maguire akan dipersalahkan, tapi kenapa David de Gea hantar bola kepada dia dengan ada tiga pemain baju putih sedang mengejar dia? Dia patutnya hantar bola ke tepi, jauhkan dari bahaya, beri kepada Wan Bissaka.”
Namun begitu, rata-rata peminat tak bersetuju dengan pendapat kedua-dua Neviile dan Savage dengan mereka menegaskan De Gea menghantar bola kepada Maguire kerana ketua pasukan itu yang meminta bola.
Fans bemoan Harry Maguire’s mistake for Sevilla’s opener in their Europa League quarter-final… as Robbie Savage SLAMS David de Gea for his role in the goal https://t.co/Uw0cFXvPWM
— Mail Sport (@MailSport) April 20, 2023
Hakikatnya kedua-dua pemain itu patut dipersalahkan dengan Maguire meminta bola tanpa sedar beliau sedang dikelilingi pemain lawan dan De Gea pula menghantar bola tanpa melihat situasi terlebih dahulu.
Sevilla berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 dalam perlawanan ini, seterusnya membantu mereka layak ke peringkat separuh akhir menerusi kemenangan aggregate 5-2.
Manchester United sementara itu akan mengalihkan perhatian mereka untuk aksi peringkat separuh akhir saingan Piala FA bertemu Brighton.