Barcelona Tawar Gaji ‘Rahmah’ Untuk Bawa Lionel Messi Kembali Pulang Ke Nou Camp

Barcelona ketika ini boleh dianggap menjadi salah satu pasukan paling serius untuk menjadi antara yang berminat mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Argentina, Lionel Messi.

Berita kepulangan Messi untuk kembali sertai Barcelona bukan lagi perkara baharu, selepas beberapa laporan menyatakan kelab tersebut mempamerkan rasa minat tinggi untuk mendapatkan beliau.

Messi yang mencipta fenomena selama beberapa musim di Nou Camp kini mendapat reaksi positif daripada para penyokong Barcelona yang mengalu-alukan kembali kehadiran beliau bersama pasukan untuk musim hadapan.

Pada tahun 2021, Messi telah pun meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG selepas kelab tersebut tidak dapat menyambung kontrak beliau kerana undang-undang kewangan dalam saingan La Liga.

Kontrak beliau bersama Paris Saint-Germain (PSG) juga setakat ini dilaporkan mungkin tidak akan bersambung dan Messi turut menjadi tumpuan beberapa lagi pasukan sekitar Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Namun, Barcelona dilihat sebagai pasukan mempunyai potensi paling tinggi untuk mendapatkan Messi dan beberapa syarat juga telah diletakkan jika segalanya menjadi kenyataan.

Faktor pengendali Barcelona iaitu Xavi Hernandez juga menguatkan lagi laporan semasa mengenai ketibaan kembali Messi untuk menyertai gergasi Sepanyol itu pada musim hadapan.

Ini kerana, Xavi dilaporkan telah pun menyediakan pelan taktikal yang bersesuaian dengan prestasi semasa Messi dan bakal digunakan pada musim hadapan untuk kembali memperkuatkan kelab tersebut.

Menerusi laporan daripada Sportbible, pemenang Piala Dunia di Qatar itu bakal mendapat gaji sebanyak €13 juta semusim jika Messi setuju untuk kembali menyertai Barcelona.

Barcelona terpaksa menawarkan kadar gaji yang rendah kepada Messi kerana dipercayai pasukan tersebut masih lagi mengalami masalah kewangan tidak stabil sejak beberapa musim.

Perpindahan Messi itu juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada penyerang berbisa Barcelona iaitu Robert Lewandowski.

Menurut Lewandowski, kehadiran Messi bersama Barcelona mampu untuk membawa sesuatu yang sangat hebat buat pasukan tersebut menerusi kualiti dimiliki pemain itu dalam percaturan taktikal Xavi.

“Messi memang kepunyaan Barcelona, dan jika ia terjadi maka sesuatu yang hebat akan berlaku dalam pasukan musim hadapan.

“Kita semua tahu tempat asalnya adalah Barcelona. Saya tak tahu apa yang akan berlaku tapi saya harap musim depan kami dapat beraksi bersama,” ulas Lewandowski.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN