Gary Lineker Masih Ingat 4 Golnya Yang Menggegar Gawang Malaysia

Gary Lineker Ahmad Yusof Malaysia Matlan Marjan England 1991

Lagenda England, Gary Lineker berbicara tentang jumlah hatrik dilakarnya bersama England dan masih ingat ia dicipta ketika berdepan Malaysia.

Dalam satu rancangan temu bual, BBC Sounds, Lineker bersama Micah Richards dan Alan Shearer dilihat berbual tentang siapa paling banyak cipta hatrik penting dalam karier bola sepak, sama ada Lineker atau Shearer.

Berdasarkan rekod, Shearer hanya sekali mencipta hatrik bersama England iaitu ketika membenam Luxembourg 6-0 di pusingan kelayakan Euro 2000.

Lineker pastinya lebih berbangga apabila melakar lima hatrik sepanjang karier bersama ‘The Three Lions’. Tetapi sangat mengharukan apabila beliau masih ingat hatriknya ketika berdepan Malaysia – lebih tiga dekad lalu.

Lineker merupakan pemain kedua terbanyak mencipta hatrik bersama England, kurang satu daripada Jimmy Greaves. Namun, dari segi jumlah keseluruhan, Lineker melewati Greaves dengan 48 gol berbanding 44 gol.

Beliau merupakan pemain ketiga terbanyak mencipta jaringan di belakang Wayne Rooney dengan 53 gol dan Bobby Charlton yang mencetak 49 gol.

Malaysia berdepan England dalam aksi persahabatan pada 12 Jun 1991 di Stadium Merdeka. Mereka mencatat kemenangan 4-2 dengan Lineker melakar kesemua gol England. Gol Malaysia diledak Matlan Marjan.

Mungkin beliau masih mampu mengingatinya disebabkan ia adalah salah satu daripada dua perlawanan yang beliau mencipta empat gol. Satu lagi perlawanan adalah ketika England menang 4-2 ke atas Sepanyol.

Sejujurnya, salah satu hatrik dalam karier saya bersama England adalah ketika berdepan Malaysia. Oh, empat gol sebenarnya. Saya rasa empat atau lima [hatrik]. Saya juga ledak empat gol berdepan Sepanyol di Bernabeu dan tiga gol berdepan Poland di Piala Dunia,” ceritanya dalam temu bual itu.

Salah satu faktor yang mungkin menguatkan ingatannya terhadap golnya berdepan Harimau Malaya adalah perubahan cuaca mendadak saat tiba di Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Di England, cuaca ketika mereka berangkat adalah musim sejuk – salji turun pada keesokkan harinya.

Malah jaringan pertama Lineker berdepan Malaysia dicipta hanya dalam 42 saat perlawanan bermula – yang ke-10 terpantas dalam sejarah England.

Baki lagi tiga hatriknya adalah berdepan Turkiye pada 1984, 1985 dan 1987. Sedikit pelik apabila beliau langsung tidak sebut hatriknya yang unik ini.

Berikut adalah senarai pemain-pemain untuk kedua-dua pasukan pada aksi persahabatan tersebut yang turut dikenali sebagai Dunhill Invitation.

England:

1. Christopher Woods (Glasgow Rangers)

2. Gary Charles (Nottingham Forest)

3. Stuart Pearce (Nottingham Forest)

4. David Batty (Leeds United)

5. Desmond Walker (Nottingham Forest)

6. Mark Wright (Derby County)

7. David Platt (Aston Villa)

8. Geoff Thomas (Crystal Palace)

9. Nigel Clough (Nottingham Forest)

10. Gary Lineker (Tottenham) (K)

11. John Salako (Crystal Palace)

 

Malaysia:

1. Rashid Hassan (PDRM)

2. Serbegeth Singh (Kuala Lumpur)

3. Lee Kin Hong (Kedah)

4. Zaid Jamil (Kuala Lumpur)

5. Arumugam Jayakanthan (Selangor)

6. Chow Siew Yai (Kuala Lumpur)

7. Ahmad Yusof (Pulau Pinang) (K)

8. Nasir Yusoff (Johor)

9. Matlan Marjan (Sabah)

10. Zainal Abiddin Hassan (Pahang)

11. Dollah Salleh (Pahang)

Pertukaran pemain: Azizol Abu Haniffah untuk Zaid Jamil (46′), Khairul Azman Mohammed (Pahang) for Rashid Hassan (66′)

Berikut adalah rakaman penuh temu bual Richards, Lineker dan Shearer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN