Matlan Marjan: Lagenda Sabah Yang Dihukum ‘Mati’

Lagenda Matlan Marjan, mungkin ada diantara kita yang kurang atau tidak dikenali bagi mereka yang baru mengikuti dunia bola sepak tanah air.

Namun bagi yang sudah lama mengikuti Liga Malaysia sejak zaman semi-pro, nama Matlan Marjan cukup lagenda di negara ini.

Nama beliau sebaris dengan nama-nama besar ketika itu seperti Mubin Mokhtar, Zainal Abidin Hassan, Nizam Adza Yusoff, Afendi Julaihi dan beberapa nama besar tempatan yang lain.

Kebanggaan Sabah

Jika nama Matlan Marjan ditanyakan kepada peminat bola sepak Sabah, nama ini mungkin selagenda Diego Maradona yang sinonim dengan bola sepak Argentina. Jasa Matlan Marjan pada kebangkitan bola sepak Sabah sangat dikenang.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1968, lagenda Sabah ini memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Presiden Sabah pada tahun 1987 hingga 1988. Setahun selepas itu dia mula menyarung jersi skuad senior Sabah.

Percaya atau tidak? beliau adalah satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya memboloskan gawang skuad England!

Skuad England ketika itu bukan calang-calang, ia diketuai oleh penjaring berbisa England Gary Lineker. 2 gol beliau berjaya dipahat meskipun skuad negara tewas 4-2 pada perlawanan itu.

Dari segi pencapaian domestik pula, tidak banyak yang dicapai oleh Matlan Marjan.

Namun seperti yang dikatakan, beliaulah antara pencetus kebangkitan bolasepak Sabah yang digelar The Rhinos atau Sang Badak.

Gandingan beliau bersama Scott Ollerenshaw mencetuskan kegerunan pada mana-mana pemain pertahanan ketika itu.

Pada perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 1995, Matlan Marjan antara penyumbang gol yang menewaskan seorang lagi lagenda penjaga gol negara iaitu Muadzar Mohamed.

Ini membolehkan skuad kendalian Kelly Tham membawa pulang Piala FA Malaysia merentasi Laut China Selatan menewaskan Pahang dengan jaringan 3-1.

Tersilap langkah

Berakhir kejuaraan Piala FA 1995, rata-rata peminat bola sepak negara sudah meramal akan kejaguhan Sabah pada tahun-tahun mendatang. Nama Matlan Marjan disebut-sebut bakal membawa pulang piala keramat yang menjadi rebutan semua pasukan -Piala Malaysia.

 

Tetapi bukan itu yang berlaku, sebaliknya kesilapan membuat keputusan saat karier tengah memuncak telah membunuh karier beliau.

Matlan Marja telah dikaburi dengan wang ringgit. Mungkin juga kelemahan persatuan yang tidak menjaga kebajikan pemain, Matlan Marjan dituduh mengambil rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Beliau bersama 5 rakan dari skuad utama Sabah yang lain akhirnya disabitkan bersalah dengan tuduhan itu. Hasilnya, Matlan Marjan menerima hukuman penggantungan seumur hidup oleh FAM dan dilarang terlibat sama sekali dengan bola sepak secara profesional.

Lebih perit lagi dia juga dibuang daerah ke Semporna untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.

Hukuman ini seolah hukuman mati,membunuh terus karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Dan nama Matlan Marjan terus tenggelam ditelan masa. Difahamkan beliau masih terlibat dalam dunia bola sepak di Sabah, mungkin sebagai penasihat dan jurulatih kelab tidak profesional.

Adakah hukuman ini berbaloi untuk bola sepak negara? Untuk Matlan Marjan sendiri? Saya sendiri tidak pasti. Yang pastinya kes seperti ini harus dijadikan pengajaran buat semua pemain dan juga pihak pengurusan mana-mana persatuan bola sepak.

Selepas ‘kehilangan’ Matlan Marjan, bola sepak Sabah cuba untuk melahirkan ‘The Next Matlan’ seperti Harun Laban, M.Jaya Kasim dan adik beliau sendiri iaitu Zainizam Marjan. Namun kesemuanya gagal memahat nama sehebat Matlan.

Diatas kertas rasmi, pemain Sabah yang dibanggakan seluruh negara mungkin hanyalah Hasan Sani dan James Wong. Tetapi dihati peminat The Rhinos,nama Matlan Marjan takkan pernah padam dalam sejarah bola sepak Sabah.

Terima Kasih Lagenda Matlan Marjan!

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sham Shinoda dari FC Wagadugu. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: 3 Hujah Pemuda Ini Jelaskan Kenapa Chinese Super League Tak Akan Kuasai Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN