Gary Lineker ‘Diserang’ Aktivis Pro-Zionis Selepas Kongsi Video Sedih Ini Di Twitter

Jika ada satu perkara yang kita boleh bersetuju tentang layanan tentera Israel terhadap kanak-kanak Palestin, ia adalah menyedihkan.

Tak kiralah sama ada anda merupakan seorang individu yang menyokong pendudukan Israel di tanah Palestin (meskipun kebarangkalian individu ini wujud di Malaysia amat kecil) ataupun menentang polisi kerajaan Israel ini, layanan Israel Defence Forces (IDF) terhadap kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan tanah tumpah darah mereka tidak mematuhi hak asasi seorang manusia.

Gary Lineker adalah salah seorang selebriti yang berpendapat sama. Bagi pengacara rancangan BBC Match of The Day (MOTD) ini, hanya ada satu perkataan yang mampu ditulisnya di Twitter selepas melihat video layanan IDF terhadap kanak-kanak Palestin:

‘Sickening’ atau bermaksud seriau dalam bahasa Melayu (mengikut definisi Kamus Inggeris-Melayu Dewan) menggambarkan betapa terkejutnya reaksi Lineker selepas melihat sendiri video tersebut.

Video diterbitkan oleh organisasi Israel sendiri

Video yang dikongsi oleh Lineker di Twitter ini diterbitkan oleh B’Tselem – sebuah organisasi hak asasi kemanusiaan Israel yang berusaha memaparkan maklumat tepat dan bebas dari pengaruh politik mengenai kelakuan pendukung Zionism di Tebing Barat.

Video ini pada mulanya dimuat naik oleh Ben White, wartawan dan aktivis pro-Palestin kelahiran England yang sememangnya lantang menentang pendudukan haram Israel di Tebing Barat.

https://twitter.com/benabyad/status/940249957587701761

Dalam tweet tersebut, White turut menulis:

“Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang telah menyabitkan kesalahan secara sistematik kepada 500 hingga 700 kanak-kanak di mahkamah tentera setiap tahun (sumber: Laporan DCI Palestine)

White turut menyokong data yang dikongsinya ini dengan kenyataan daripada ahli Kongres US (Parti Demokratik dari Minnesota) yang berbunyi:

“Kanak-kanak Palestin seawal 12 tahun telah diambil oleh tentera dan polis Israel dari katil mereka pada waktu malam. Mereka ditahan, ditutup matanya dan dibawa ke pusat tahanan.”

Pendapat White ini kemudiannya dikongsi semula oleh Gary Lineker kepada lebih 6.8 juta pengikutnya di Twitter.

Dengan 6.8 juta pengikut di Twitter, pengaruh media sosial Lineker amat tinggi. Maka tak hairanlah tweet beliau tentang video ini kemudiannya mengundang ‘serangan’ dari aktivis-aktivis pro-Zionis yang cuba menjustifikasi tindakan IDF terhadap kanak-kanak Palestin.

Aktivis pro-Zionis ‘panas’

Ketua media sosial IDF, Peter Lerner adalah antara orang pertama yang membangkang Lineker. Beliau menulis ‘Apabila kanak-kanak yang melontar batu, mereka menganggu ketenteraman awam.”

Lineker kemudiannya memberi respon bijak dengan mempersoalkan apakah wajar kanak-kanak dimasukkan dalam sangkar kecil – seperti binatang.

Arsen Ostrovsky adalah seorang lagi aktivis pro-Zionis yang mengkritik pendapat Lineker. Menurut peguam dan penganalisis politik Israel ini, ‘kanak-kanak Palestin terlibat dalam keganasan’. Sekali lagi, Lineker menangani hujah utilitarianism Ostrovsky dengan berkata ‘saya mengutuk segala bentuk keganasan’.

Pengkritik Lineker tak sedar satu perkara

Perselisihan pendapat mengenai tweet Lineker ini jelas telah membawa pengkritik Lineker menyimpang dari mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh bekas penyerang England ini – IDF tidak menghormati hak asasi kanak-kanak Palestin.

Dalam video ini, kanak-kanak Palestin di Hebron tidak diberi peluang untuk menghubungi ibu-bapa mereka, dikasari secara fizikal, ditutup mata dan dikurung dalam sangkar kecil.

Video terbitan B’Tselem ini membuatkan kita mempersoalkan pendirian moral yang dibawa oleh IDF sepanjang penguasaan 50 tahun mereka terhadap kehidupan seharian rakyat Palestin.

Seperti kata B’Tselem. “insiden seperti video ini adalah perkara biasa.” Ia tidak enak untuk ditonton oleh mana-mana manusia yang menghormati hak asasi manusia. Seperti anda, kami juga lebih rela melihat video kompilasi gol-gol Lineker untuk Tottenham Hotspur dan Leicester City.

Tetapi itulah tujuan video ini diterbitkan. Ia adalah untuk mengejutkan kita. Ini kerana relaiti yang dihadapi oleh kanak-kanak Palestin setiap hari di tanah air mereka sangat mengejutkan.

Peristiwa ini adalah satu pengajaran buat kita.

Pada tahun 2015, aktivis dari Yachad (sebuah parti politik anti-Zionis dari Israel) telah membuat kempen kutipan derma sebanyak £30,000 untuk membayar servis seorang peguam yang mendedikasikan khidmatnya untuk mewakili kanak-kanak Palestin di mahkamah tentera IDF.

Kempen sebegini adalah penting untuk mengingatkan kita bahawa kunci kepada keamanan konflik Israel-Palestin bukanlah terletak kepada sentimen politik dan agama. Sebaliknya ia terletak kepada sentimen kemanusiaan – sesuatu yang sememangnya sudah menjadi teras agama Islam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN