Gary Cahill Masih Kekal Kapten Chelsea Kata Sarri

Masa depan Gary Cahill di Chelsea masih belum menentu. Hal ini kerana pemain itu – sebelum ini – menggambarkan yang beliau mungkin akan menerima tawaran kelab lain untuk menjadi pemain utama.

Ramai tertanya-tanya, siapakah sebenarnya kapten utama pasukan The Blues. Pada awal musim ini Maurizzio Sarri kerap menggunakan Hazard dan Azpilicueta sebagai kapten pasukan. Sudah menjadi kebiasaan untuk jurulatih baharu akan menamakan kapten mereka.

Maurizzio Sarri mengesahkan yang beliau tidak mahu mengganggu isu ketua pasukan. Ini kerana bagi beliau, Gary Cahill masih orang yang layak menjadi kapten pasukan. Cahill mengambil alih lilitan kapten daripada John Terry sebelum ini.

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Gary Cahill of Chelsea celebrates at the end of the Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Sarri juga mengesahkan bahawa Azpilicueta adalah timbalan kapten. Oleh kerana Cahill jarang beraksi pada awal musim ini, kelibat Azpilicueta lebih banyak menjadi kapten pasukan mereka. Walaubagaimanapun ia tak bermaksud Gary Cahill hilang ‘captaincy’.

Maurizzio Sarri memberitahu media: “Seperti yang kita saksikan dalam perlawanan sebelum ini [menentang Derby County], kapten pasukan ialah Cahill. Apabila beliua tiada di atas padang – maka Azpilicueta akan mengambil alih tugas sebagai kapten.”

“Cahill menjadi kapten pasukan ini pada musim lalu. Saya sudah bercakap dengan para pemain yang lain – mereka semua menyatakan yang Cahill seorang kapten yang sangat bagus.”

Maurizzio Sarri juga memberikan pandangan beliau tentang isu semasa berkaitan kontrak Gary Cahill yang dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab itu pada Januari akan datang. Sarri berkata: “Ianya terpulang kepada beliau. Dia bermain kerap dalam 7 atau 8 perlawanan. Saya tak tahu jika beliau mahu pergi. Terpulang kepada beliau dan kelab.”

“Pada pandangan saya, Cahill seorang pemain yang sangat penting – di dalam dan di luar padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN