Gareth Barry Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Gareth Barry

Pemain West Bromwich Albion (WBA), Gareth Barry mengucapkan selamat tinggal buat kancah bola sepak profesional selepas mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun.

Keputusan yang diambil itu juga bermakna 23 tahun karier penuh dengan warna-warni dinikmati Barry sudah sampai ke penghujungnya.

Barry membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 1997/98 apabila beliau dimasukkan di awal separuh masa kedua ketika pertemuan menentang Sheffield Wednesday yang menyaksikan Aston Villa menang 3-1 di gelanggang lawan.

Berselang seminggu kemudian, beliau turut mendapat kepercayaan pengurus ketika itu, John Gregory untuk beraksi pada perlawanan terakhir EPL bertemu Arsenal.

Bermula musim berikutnya [1998/99], Barry terus menjadi sandaran utama buat Aston Villa dan dari situlah kariernya semakin berkembang sehingga menjadi pemain yang membuat penampilan terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan 653 penampilan.

Beliau mampu untuk menambah jumlah tersebut pada musim baharu ini apabila WBA kembali dinaikkan pangkat ke saingan paling utama di England itu, namun mungkin Barry merasakan sudah sampai masanya untuk beliau mengundur diri.

Sepanjang kariernya, Barry telah beraksi bersama empat kelab berbeza iaitu bermula dengan Aston Villa dan kemudiannya dipancing Manchester City, Everton dan yang terakhir, WBA.

Kempen 2019/20 menyaksikan beliau hanya mampu membuat enam penampilan bersama WBA di mana tiga daripadanya pada aksi EFL Championship dan aksi bertemu Newcastle United dalam saingan Piala FA merupakan antara salah satu penampilan dinikmatinya pada musim ini.

Antara kenangan manis Barry dalam kariernya ialah kejayaan menjulang trofi EPL pada musim 2011/12 dan Piala FA 2010/11 ketika beliau menyarung jersi Manchester City.

Kredit featured image: Mike Hewitt/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Gareth Barry:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN