Tindakan Arsenal Hargai Gareth Barry Dengan Jersi 633 Dapat Pujian

Dalam perlawanan Arsenal menentang West Brom pada awal pagi tadi, figura yang menjadi perhatian pastinya Gareth Barry. Pemain ini memecahkan rekod Ryan Giggs untuk menjadi pemain paling banyak beraksi dalam EPL.

Arsenal yang diketuai Arsene Wenger telah mencipta jersi khas kepada pemain tersebut dengan nombor 633. Ianya merujuk kepada penampilan 633 Gareth Barry dalam EPL.

Jersi tersebut juga ditandatangani oleh pemain-pemain Arsenal dan Arsene Wenger tanda berbesar hati meraikan Barry di Emirates. Mereka juga menulis mesej ringkas mengucapkan tahniah.

Tindakan Arsenal tersebut diberikan sambutan positif oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Mereka menganggap ia sebagai tindakan yang wajar diberikan tabik hormat.

Barry sebelum itu menyatakan anaknya meminta perlepasan khas daripada pihak sekolah untuk meraikan hari istimewa bersama-sama keluarga mereka.

Sepanjang karier di EPL, Barry memulakan karier bersama Aston Villa. Aksi cemerlang bersama Villa telah membuatkan beliau menjadi antara pemain tengah yang paling dikehendaki di England.

Revolusi Arab di Manchester City telah berjaya mendapatkan khidmat Barry dan beliau menjadi antara pemain penting dalam era revolusi Manchester City. Selepas itu, Barry menyertai Everton dan kemudiannya kini beraksi untuk West Bromwich.

Berikut adalah senarai terkini penampilan terbanyak di EPL:

1. Gareth Barry – 633

2. Ryan Giggs – 632

3. Frank Lampard – 609

4. David James – 572

5. Gary Speed – 535

6. Emile Heskey – 516

7. Mark Schwarzer – 514

8. Jamie Carragher – 508

9. Phil Neville – 505

10. Rio Ferdinand & Steven Gerrard – 504

Dalam perlawanan awal pagi tadi, West Brom bermain baik dan nampak berbeza pendekatan mereka. Namun ketumupulan di hadapan gol membuatkan mereka gagal untuk mendapat sebarang mata di Emirates.

Arsenal memperbaiki permainan mereka pada separuh masa kedua dan aksi cemerlang Lacazette telah membolehkan The Gunners menang 2-0.

Tahniah di atas pencapaian anda Gareth Barry. Berita ini secara tidak langsung mengingatkan ramai penyokong EPL yang mereka pun dah semakin berusia dan dah banyak penampilan menonton EPL di kedai mamak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN