Bola sepak sejak era 60-an sudah menyaksikan banyak pemain-pemain bola sepak yang menggayakan fesyen dandanan rambut terkini.
Ia tiada masalah jika pemain-pemain menggayakan potongan rambut yang pendek seperti Paul Pogba…
…atau Aaron Ramsey (walaupun kami agak kurang gemar dengan warna blonde yang dipilihnya, tapi itu cerita lain).
Masalah akan timbul apabila pemain-pemain terlalu mengambil kira dan masa menjaga kerapian rambutnya di atas padang (supaya nampak cantik di kamera TV) daripada bermain bola sepak.
Inilah suara-suara bising yang dilontarkan oleh penyokong Wales apabila melihat pemain bintang skuad kebangsaan mereka, Gareth Bale menghabiskan terlalu banyak masa membetulkan rambutnya yang panjang.
[adrotate group=”2″]
Buat prosedur atau botak terus!
Kami percaya isu gaya rambut pemain bola sepak adalah isu peribadi pemain. Mereka berhak untuk menentukan gaya rambut yang mereka suka.
Apa yang penting adalah persembahan mereka di atas padang.
Tetapi bagi seorang penyokong Wales di Reddit, beliau berpendapat Gareth Bale terlalu banyak menghabiskan masa membetulkan rambut panjangnya kerana – mahu menyorok masalah botaknya.
“Saya rasa anda dah tahu bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.”
“Ia bukanlah satu masalah. Ramai lelaki yang menghadapi masalah ini pada usia yang muda.”
“Tapi sejak kebelakangan ini, usahanya untuk menyorok tempat botak di kepalanya membuatkan beliau mengambil masa lebih lama untuk membetulkan rambutnya – sehingga kadang kala, beliau terpaksa berhenti bermain sekejap.”
Penyokong Wales ini turut melihat perubahan gaya permainan Bale sejak berambut panjang.
Komen ini mengingatkan kami kepada Andre Agassi – pemain tenis Amerika Syarikat – yang pernah tewas kejohanan Terbuka Perancis kerana tak mahu rambut palsunya terlucut.
Beliau kemudiannya mencadangkan Bale supaya membotakkan kepalanya terus seperti bosnya, Zinedine Zidane.
“Saya tak faham kenapa dia tak botakkam sahaja kepalanya macam (Zinedine) Zidane. Adakah dia takut akan jadi kurang popular bila dah botak?”
“Jika dia takut botak pun, gunakanlah duitnya yang banyak itu untuk membuat rawatan penyambungan rambut seperti (Wayne) Rooney dan (Cesc) Fabregas.”
Prosedur kosmetik bukan asing
Berdasarkan kajian kami terhadap artikel-artikel lama Gareth Bale di Tottenham Hotspur, beliau sebenarnya pernah ditempelak oleh Harry Redknapp atas masalah sama.
Pengurus Spurs ketika itu, Harry Redknapp pernha memberitahu media keobsesan Bale membetulkan rambutnya:
“Kadang-kala, dia buat saya bengang dalam latihan. Dari segi teknikal, beliau memang sangat bagus. Tapi dia selalu sangat bermain-main dengan rambutnya.”
“Apa saja yang dibuat kepada rambutnya, ia tak pernah betul. Ada saja benda yang dia nak perbetulkan.”
“Kadang-kadang, saya nak saja menjerit kepadanya: Gareth, berhenti usik rambut anda!”
Bercakap mengenai kemungkinan Gareth Bale melakukan prosedur rawatan rambut, beberapa pengguna Reddit memberi hujah – Bale mungkin takut botak kerana telinganya yang capang.
Bagaimanapun pendapat ini disanggah oleh pengguna Reddit lain yang memberitahu – Bale pernah mendapatkan pembedahan kosmetik untuk ‘memperbetulkan’ telinga yang capang.
Malah ada sesetengah pengkomen yang memberitahu:
“Bale patut menjadi macam Bobby Charlton (gambar bawah) sahaja.”
[adrotate banner=”9″]
Baca juga: Bagaimana Llandudno FC, Pasukan Kecil Dari Wales Cari Dana Bermain UEFA Europa League