Gareth Bale Ditawarkan Untuk Terus Kekal Beraksi Di Sepanyol

Gareth Bale berkemungkinan akan terus kekal dalam saingan La Liga selepas beliau ditawarkan untuk menyertai Getafe.

Bale yang kini sudah berusia 32 tahun itu telah mengesahkan yang beliau akan meninggalkan Real Madrid selepas kontraknya bersama kelab tamat pada penghujung bulan ini.

Terdapat beberapa kelab yang tampil menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Bale selepas kejayaan beliau membantu Wales layak ke Piala Dunia Qatar.

Bale memainkan peranan penting dalam membantu Wales untuk layak ke saingan Piala Dunia Qatar nanti dan beliau turut menjadi nadi penting skuadnya menewaskan Ukraine hujung minggu lalu.

Newcastle, Rangers dan Celtic merupakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain penyerang itu.

Gareth Bale juga berpotensi untuk kembali ke Wales selepas Cardiff City turut sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Selain itu, terdapat juga beberapa pasukan dari saingan MLS yang turut berminat mahu mendapatkan khidmat bekas bintang Tottenham Hotspur itu.

Walau bagaimanapun, pada minggu ini, tular berita yang mendedahkan bahawa Gareth Bale berkemungkinan akan kekal di Sepanyol walau kariernya bersama Real Madrid sudah berakhir.

Presiden Getafe, Angel Torres mendakwa yang ejen Bale, Jonathan Barnett telah menawarkan bintang Wales itu kepada mereka pada musim panas ini.

“Saya bercakap dengan ejen Gareth Southgate 45 minit lalu, dan mereka telah menawarkan dia kepada kami.”

Jelas Torres kepada wartawan, Alberto Fernandez.

“Kami akan pertimbangkan itu dan kaji kebarangkalian dengan sporting director dan barisan kejurulatihan.”

Tambah Torres lagi.

Terdapat juga rumours yang menyatakan bahawa Bale berpotensi untuk mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak andai Wales gagal ke Piala Dunia.

Namun begitu, bercakap sebelum aksi bertemu Ukraine sebelum ini, Bale menegaskan yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Tak. Tak ada kepentingan.”

Jelas Bale.

“Macam saya kata sebelum ini, saya tak begitu beri tumpuan kepada perkara yang belum berlaku. Kami ada perlawanan besar esok dan itulah apa yang perlu saya beri perhatian.”

“Saya betul-betul tak perlu fikir atau risaukan tentang hal lain. Saya tak ada kebimbangan sama sekali.”

Ketika ditanya adakah beliau menerima tawaran dari mana-mana kelab, Bale kemudiannya menjawab:

“Banyak.”

https://twitter.com/ESPNFC/status/1534510654077472769?t=X7NpqmVEo0fhzMUOs1mhKA&s=19

Getafe pada musim ini mengakhiri saingan La Liga di kedudukan ke-15 dengan mereka hanya satu mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN