Anda kenal tak dengan remaja dalam gambar di atas? Tak kenal?
Inilah remaja yang membuatkan kelab Belgium, Genk marah dan mahu membawa Manchester United ke mahkamah.
Remaja tersebut bernama Indy Boonen. Beliau dibeli oleh Man. United pada 2015, ketika itu Boonen berusia 15 tahun.
Sebelum ini Indy Boonen digelar sebagai Adnan Januzaj baharu. Ketika itu Adnan Januzaj berada dalam prestasi terbaik.
Walaupun sudah 3 tahun, Genk dikatakan masih tak puas hati dengan cara Man. United mendapatkan pemain muda itu serta cara mereka membayar mereka untuk beberapa butiran.
Dan kini mereka dalam proses membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS – Court of Arbitration for Sport).
Dijangka kertas laporan kes itu akan dihantar segera dan pendengaran kes itu dijangka pada 12 Oktober hadapan.
Genk dikatakan tak berpuas hati dengan bayaran berkaitan latihan pembangunan oleh Manchester United kepada mereka.
Pemain itu yang kembali semula ke Belgium menyertai KV Oostende dengan perpindahan percuma.
Boonen menolak tawaran kontrak baharu daripada Man. United kerana beliau mahukan jaminan lebih minit perlawanan dengan pasukan utama.
Man. United dilaporkan menawarkan kontrak 3 tahun kepada beliau.
3 tahun lalu, Man. United dilaporkan menewaskan Man. City dan Arsenal dalam perebutan mendapatkan tandatangan Indy Boonen.
Boonen tidak pernah membuat sebarang penampilan dengan skuad senior Man. United walaupun dalam pra musim.
Namun beliau antara pemain yang mendapat pujian ramai jurulatih di Old Trafford.
Ketua akademi Man. United, Kieran McKenna melabel Indy Boonen sebagai salah seorang penyudah gol terbaik dalam kelompok beliau.
Beliau juga turut dipanggil berlatih dengan pasukan senior oleh Jose Mourinho.