Gandingan Hazard Dan Modric Berjaya Hasilkan Gol Yang Sungguh Dahsyat Ketika Bertemu Celtic

Gandingan Eden Hazard dan Luka Modric berjaya menghasilkan gol yang sungguh luar biasa dahsyat untuk Real Madrid ketika aksi bertemu Celtic dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Bintang kebangsaan Belgium itu tidak diturunkan sebagai pemain utama dalam perlawanan yang dilangsungkan di Celtic Park itu dengan beliau hanya dimasukkan pada minit ke-30 untuk menggantikan Karim Benzema.

Eden Hazard telah di bawa masuk pada minit ke-30 permainan untuk menggantikan Karim Benzema yang dibelenggu masalah kecederaan.

Juara bertahan saingan Champions League itu perlu menunggu sehingga minit ke-56 permainan untuk memperoleh gol pertama mereka dalam perlawanan ini.

Vinicius Jr cemerlang memanfaatkan bola hantaran dari Federico Valverde untuk memastikan Real Madrid mendahului perlawanan 1-0.

Gol jaringan Vinicius itu setidak-tidaknya mengurangkan tekanan Real Madrid yang dilihat bergelut untuk membolosi gawang pasukan tuan rumah itu.

Pada minit ke-60 permainan, Los Blancos berjaya memperoleh gol kedua mereka dalam perlawanan ini dan gol tersebut dianggap antara gol tercantik sepanjang musim ini.

Hazard menerima bola di tengah padang dengan beliau kemudiannya mengawal bola dan membawa bola pantas bergerak ke dalam kotak penalti Celtic.

Bekas bintang Chelsea itu kemudiannya melorongkan bola cantik mencari Luka Modric yang sudah bersedia di dalam kotak penalti pasukan tuan rumah.

Modric kemudiannya bijak mengawal bola dan melepaskan rembatan kaki kiri untuk menewaskan pertahanan dan penjaga gol Celtic.

Rembatan menggunakan outside the boot yang sungguh mengelirukan itu berjaya menewaskan Joe Hart untuk gol kedua Real Madrid dalam perlawanan ini.

Luka Modric sememangnya terkenal dengan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol trivela dan hari ini di usia hampir 37 tahun, beliau masih mampu untuk kekalkan kualiti yang sama.

Eden Hazard turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini untuk membantu Real Madrid mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Celtic.

Ia merupakan gol pertama Hazard di pentas bola sepak Eropah sejak November 2020 dan para peminat percaya bintang Belgium itu sudah berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya selepas beliau menunjukkan impak yang dasyat ketika bertemu Celtic hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN