Terengganu terus menjadi salah satu pasukan yang paling mencuri tumpuan ketika ini, menerusi beberapa pemain baharu yang sudah pun sah ditandatangani pasukan tersebut.
Menerusi jurulatih baharu mereka yang dilantik untuk musim 2023 iaitu Tomislav Steinbruckner, jelas beberapa rombakan telah dibuat untuk mengukuhkan kembali pasukan.
IVAN MAMUT sudah menjadi keluarga Terengganu FC! Ayuh sama-sama Ivan menjadi sebahagian dari keluarga besar kelab ini dengan mendaftar sebagai ahli disini ⬇️https://t.co/VVAJujesy2#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/a0hluJKwG1
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Terbaharu, kelab tersebut sah menandatangani khidmat dua pemain import baharu mereka untuk memperkuatkan posisi tengah dan serangan mereka.
Antara yang menjadi tumpuan pastinya terarah kepada penyerang baharu mereka iaitu Ivan Mamut yang berasal dari Croatia.
Ivan bakal menggantikan posisi penyerang yang ditinggalkan oleh pemain Terengganu musim lalu iaitu Kpah Sherman dan membentuk gandingan baharu bersama Adisak Kraisorn.
Musim lalu menyaksikan Ivan telah beraksi bersama FCSB yang beraksi dalam saingan Liga I di Romania serta menjadi antara sandaran utama buat pasukan tersebut di posisi serangan.
Ivan dilihat bakal menjadi senjata baharu Terengganu, setelah sebelum itu kelab tersebut sah menandatangani khidmat penyerang kebangsaan Thailand iaitu Adisak Kraisorn.
IM7️⃣⚡️!!#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/xfUVQyqw5f
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Jelas Tomislav kini bakal menggunakan khidmat dua pemain serangan untuk memberi tumpuan di posisi tersebut bagi tampil lebih baik berbanding musim lalu yang diterajui oleh Nafuzi Zain.
Menerusi kenyataan di laman rasmi Terengganu, Ivan dilaporkan bakal menyarung jersi nombor 7 musim hadapan dan jelas sangat tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kelab itu.
Selain menandatangani Ivan, kelab tersebut juga sah mendapatkan pasangan baharu buat Habib Haroon di posisi tengah iaitu Domagoj Pusic dari Croatia.
Perancang tengah tersebut sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, selepas pernah mewakili Croatia bawah 20 (B-21).
Sebelum itu, Domagoj telah pun beraksi bersama NK BSK Bijelo Brdo di Croatia, serta telah meledak satu gol dan dua bantuan jaringan daripada 15 penampilan.
Sehingga kini, Terengganu sudah pun menandatangani enam pemain import mereka iaitu Sony Norde, Sardor Kulmatov, Habib Haroon, Domagoj Pusic, Adisak Kraisorn, serta terbaharu Ivan Mamut.
Selamat Datang Ivan Mamut! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/SOHn5u56Um
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023
Dijangka, pasukan tersebut bakal membawa masuk beberapa lagi pemain baharu mereka dalam misi untuk tampil bersaing sengit untuk saingan domestik serta kejuaraan AFC.