Kim Pan-gon telah membuktikan yang beliau sebenarnya seorang pengurus yang sangat bijak dan mampu untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya dengan sangat baik.
Hal itu boleh dilihat dari aksi skuad negara ketika menewaskan Turkmenistan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.
Skuad negara dilihat bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan tersebut dan harus diakui semua itu berlaku kerana kewujudan Kim Pan-gon sebagai pengurus skuad.
“Kita Mampu Tewaskan Bahrain” – De Paula Laung Keyakinan Untuk Aksi Seterusnya Kelayakan Piala Asia 2023https://t.co/ZUECuz8Gno
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 9, 2022
Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang para pemain negara bermain dengan sangat baik dan corak permainan yang mereka persembahkan juga sangat kemas.
Baik di posisi pertahanan, tengah mahupun di bahagian serangan, para pemain dari skuad Harimau Malaya berfungsi dengan sangat-sangat baik.
Kecuali satu kesilapan yang menyebabkan gawang negara dibolosi, boleh dikatakan aksi anak-anak buah Pan-gon itu berhak untuk dipuji.
Kebijaksaan Pan-gon berdepan taktikal lawan
Ketika aksi bertemu Turkmenistan semalam, skuad negara jelas sekali mendominasi sepenuhnya aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.
Kelincahan Arif Aiman, Faisal Halim dan Safawi Rasid jelas sekali berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Turkmenistan.
Walau bagaimanapun, pada aksi babak kedua, selepas Pan-gon mengeluarkan kesemua pemain terbaiknya pada aksi babak pertama, Turkmenistan sepertinya berjaya untuk mengimbangi perlawanan.
ANALISIS: Bagaimana Tekanan Tinggi Malaysia Buatkan Turkmenistan ‘Kelemasan’https://t.co/3TQdkB8e85
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 9, 2022
Apa yang menyebabkan Pan-gon menukar pemain beliau sedangkan mereka beraksi dengan sangat baik?
Pan-gon sebenarnya menukar pemain-pemain tersebut dan memasukkan pemain naturalisasi seperti Sumareh dan De Paula kerana mahu menyaingi kekuatan fizikal pasukan lawan.
Para pemain Turkmenistan sudah mula bermain terlalu fizikal pada aksi babak kedua dan hal itu jelas sekali berisiko untuk pemain yang tidak mempunyai fizikal yang besar.
Demi menyelamatkan para pemainnya, Pan-gon memilih untuk memasukkan pemain yang mempunyai fizikal besar walau beliau sedar impak di bahagian serangan tidak akan setajam aksi babak pertama.
Beliau jelas sekali tidak memikirkan soal mencari tambahan jaringan kerana sudah mendahului 3-1, namun beliau bijak memastikan jentera serangan dan midfield lawan mati kutu untuk menyerang.
Bijak mengawal keharmonian dalam skuad
Pan-gon juga sebenarnya sangat bijak dalam menjaga keharmonian di bilik persalinan beliau dan hal itu mungkin tidak disedari oleh para peminat.
In the first half, 🇲🇾 were relentless and second, it was all about game management.
But you know what struck me? The bench. The vibe is indeed different, and you can see everyone united. Coach Kim Pan-gon should wear a GPS tracker because he was so active on the touchline! 😂
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 8, 2022
Pengurus dari Korea Selatan itu sebenarnya seorang bapa yang penyayang dan beliau benar-benar melindungi anak-anak buahnya seperti anak sendiri.
Setiap kali ada sesi sidang media, Pan-gon sama sekali tidak akan menjawab sebarang persoalan berkait pemainnya secara individu.
Beliau juga tidak mahu ada yang mengkritik persembahan atau permainan anak-anak buahnya dan menganggap satu kesalahan perlu dipikul oleh semua pihak termasuk dirinya sendiri.
Cara beliau menguruskan skuad Harimau Malaya jelas sekali menunjukkan yang beliau akan sentiasa mementingkan mental pemainnya dan tidak akan membenarkan tumpuan anak-anak buahnya terjejas.
Dion Cools said that it feels good to be joining the squad earlier compared to his previous two – #WCQ2022 round two qualifiers and AFF Suzuki Cup campaigns, where he joined in late.
He also reveals why he is comfortable playing as a centreback under coach Kim Pan-gon. pic.twitter.com/okp3YDlME7
— The Armchair Malaysia (@TheArmchairMsia) June 4, 2022
Seandainya beliau berjaya membantu Malaysia menewaskan Bahrain dan Bangladesh selepas ini, maka tidak diragukan lagi beliaulah individu yang akan bawa nama Malaysia pergi lebih jauh.