Abdul Rashid Ismail: “Isu Gaji Tertunggak Akan Diselesaikan Secepat Mungkin”

“Kami dalam proses akhir untuk mendapatkan penaja dan berharap dapat menyelesaikannya (gaji tertunggak) secepat mungkin,” tegas Pemegang Amanah Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Abdul Rashid Ismail kepada New Straits Times.

Itu adalah penjelasan pihak FAP berhubung kenyataan bekas pemain import Pulau Pinang, Reinaldo Lobo, semalam. Lobo memaklumkan telah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan gaji tertunggaknya.

“Kami benar-benar tidak sedar akan masalah Lobo ini sehingga baru-baru ini. Bukan hanya dia, malah gaji keseluruhan pasukan pada bulan lalu juga masih belum dibayar. Untuk Lobo, ia adalah enam bulan gaji.

“Sejak kami mengambil alih, Lobo tidak berhubung dengan pihak kami. Kami juga telah dimaklumkan yang dia telah membuat laporan kepada FIFA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” jelas Abdul Rashid lagi.

Datuk Abdul Rashid bersama-sama Zainal Abidin Hassan. Foto: NSTP/ DANIAL SAAD.

Selain itu, Abdul Rashid turut menjelaskan yang baru-baru ini pihak persatuan sedang mengalami masalah dalaman berikutan peletakan jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden mereka.

Masalah berhubung gaji tertunggak ini pula baharu sahaja diketahui beberapa minggu lalu dan usaha giat sedang dijalankan oleh pihaknya untuk menyelesaikan perkara ini sebelum tindakan lanjut diambil oleh FIFA dan FAM.

“Mesyuarat Agong FAP akan diadakan pada 17 Januari depan untuk pemilihan tonggak utama jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden,” maklum Abdul Rashid sambil mengharapkan kepimpinan baharu nanti akan menyelesaikan segala masalah FAP.

Abdul Rashid telah ditemui oleh pihak media dalam sidang media bersama-sama ketua jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan di pejabat FAP, di Jalan Sepoy Lines, petang semalam.

Zainal Abidin Hassan kekal bersama Pulau Pinang. Foto: NSTP/DANIAL SAAD.

Zainal Abidin Hassan telah diumumkan secara rasmi kekal sebagai peneraju skuad Harimau Kumbang dan akan dibantu oleh bekas penolong jurulatih Selangor, K. Gunalan.

Sementara itu, bercakap kepada New Straits Times mengenai kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2018, Zainal tampak optimis dengan kemampuan skuad yang bakal dibentuknya untuk saingan Liga Premier nanti.

Menurut Zainal, dia yakin dengan gandingan pemain berpengalaman dan muda akan membantu Pulau Pinang mencapai sasaran dan misi yang telah ditetapkannya untuk musim ini.

“Misi saya hanya satu, bawa Pulau Pinang kembali ke Liga Super 2019,” tekad jurulatih berusia 56 tahun itu sambil mensasarkan untuk meletakkan Pulau Pinang di kedudukan dua teratas liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN