Gaji Pemain Manchester City Didedahkan, De Bruyne Tertinggi, Ederson ‘Underpaid’?

Manchester City telah menjadi hub kepada pemain-pemain bintang. Kehadiran Guardiola antara faktor tambahan kenapa para pemain bintang mahu ke Manchester City untuk melaksanakan cita-cita besar kelab tersebut.

Pep Guardiola

Manchester City berbelanja sekitar £200 juta pada musim ini. Berikut antara nama besar yang mereka beli:

Benjamin Mendy (£51.7 juta dari Monaco)
Kyle Walker (£45.9 juta dari Tottenham)
Bernando Silva (£45 juta dari Monaco)
Ederson (£36 juta dari Benfica)
Danilo (£27 juta dari Real Madrid)
Douglas Luiz (£10.8 juta dari Vasco da Gama)
Aymeric Laporte (£59 juta dari Athletic Bilbao)

Polisi bonus

Sejak 2014, Manchester City melaksanakan polisi bonus atas persembahan. Gaji pemain akan jauh lebih besar jika mereka lebih banyak beraksi dalam semusim.

Ini adalah langkah untuk mengurangkan gaji asas yang terlalu besar. Hal ini selepas Manchester City diberikan amaran oleh UEFA kerana dasar Financial Fair Play (FFP).

Sebagai contoh, Sergio Aguero menerima £220,000 juta seminggu. Tetapi selepas bonus persembahan, beliau mendapat bayaran sehingga £300,000 seminggu.

Laman Total Sportek mendedahkan ini adalah gaji para pemain Man. City. Kevin De Bruyne menerima gaji tertinggi di dalam skuad. Beliau satu-satunya pemain menerima gaji di atas paras £300,000.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Ederson mungkin penerima gaji yang underpaid dalam senarai ini dengan mengambil kira beliau sebagai pemain utama dalam kesebelasan utama pasukan.

Berikut adalah gaji pemain-pemain Manchester City ketika ini.

1. Kevin De Bruyne (perjanjian baru) – £350,000 seminggu

2. Sergio Aguero (Perjanjian baru) – 29 tahun – £250,000 seminggu

3. David Silva (pernjanjian baru) – 32 tahun – £220,000 seminggu

4. Yaya Toure – 34 tahun – £220,000 seminggu

5. Rahim Sterling – 23 tahun – £180,000 seminggu

6. Fernandinho – 32 tahun – £150,000 seminggu

7. Vincent Kompany – 31 tahun – £120,000 seminggu

8. Nicolas Otamendi – 29 tahun – £120,000 seminggu

9. Ilkay Gündogan 27 tahun – £120,000 seminggu

10. Bernando Silva – 23 tahun – £120,000 seminggu

11. John Stones – 23 tahun – £100,000 seminggu

12. Kyle Walker – 27 tahun – £100,000 seminggu

13. Benjamin Mendy – 23 tahun – £90,000 seminggu

14. Gabriel Jesus – 20 tahun – £90,000 seminggu

15. Leroy Sane – 22 tahun – £90,000 seminggu

16.  Fabian Delph – 28 tahun – £90,000 seminggu

17. Danilo – 26 tahun – £80,000 seminggu

18. Claudio Bravo- 34 tahun – £80,000 seminggu

19. Aymeric Laporte – 23 tahun – £65,000 seminggu

20. Ederson – 24 tahun – £45,000 seminggu

21. Patrick Roberts – 20 tahun – £10,000 seminggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN