Video: Saksikan Detik Kegembiraan Meraikan Kebangkitan Roma

Salah satu kejutan terbesar dalam UCL musim ini adalah dicipta oleh AS Roma. Mereka tewas 4 -1 dalam perlawanan pertama dengan 2 sendiri dilakukan mereka.

Misi sukar di Stadium Olimpico untuk memastikan mereka mendapat 3 gol dan sebarang gol daripada Barcelona amat tinggi galang gantinya.

Edin Dzeko memulakan malam kebangkitan Roma dengan jaringan seawal minit ke-6. Daniele ‘Mr. Roma’ De Rossi menebus kesilapan beliau minggu lalu (jaringan sendiri) dengan menyempurnakan sepakan penalti.

Ini adalah detik gol ke-3 Roma dihasilkan oleh tandukan sipi Kostas Manolas, anda dengar sendiri ulasan daripada Carlo Zampa.

Reaksi Cengiz Under ini memang menggambarkan ketidakpercayaan ramai pihak yang kebangkitan seperti ini akan berlaku.

Ini reaksi pengurus media sosial Roma yang menekan apa sahaja di papan kekunci, tidak mampu nak gambarkan apa yang beliau mahu katakan.

Keraian pada wisel penamat yang penuh dengan keceriaan dan rasa takjub. Pengulas, Peter Drury menyatakan ini adalah tak tercapai realiti Roma. Meremang bulu Roma dengar ulasan Drury ni.

Keraian dan sorakan di seksyen media di Stadio Olimpico selepas wisel penamat:

Kostas Manolas hanya mampu terduduk dan menitiskan air mata mendengar lagu ‘Grazie Roma’.

Legenda Roma, Francesco Totti mengucapkan tahniah kepada para pemain di bilik persalinan.

Di satu tempat di bandar Rom kira-kira 33 kilometer daripada Stadio Olimpico turut meriah dengan keraian mereka.

Presiden AS Roma mandi di dalam kolam air pancut di bandar Rom.

https://twitter.com/FourFourTweet/status/983849554977181697

Setiap kemenangan itu adalah untuk diraikan dalam bola sepak. AS Roma telah melakukan tugas mereka dengan baik dalam 2 perlawanan timbal balik.

Harap tiadalah komen menyatakan, Roma meraikan kemenangan macam dah menang piala. Itulah bola sepak. Setiap kemenangan itu ada makna tersendiri.

Tahniah AS Roma.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN