Bekas Pemain Dan Pegawai Kuantan FA Tuntut Gaji Tertunggak Lebih Setahun

Isu tunggakan gaji di dalam bola sepak kita bukan sesuatu yang baharu. Ianya masalah yang terus meruncing – bukan melibatkan seorang atau dua tetapi ada yang melibatkan 1 pasukan termasuk pegawai.

Antara pasukan yang berhadapan dengan masalah tersebut ialah Kuantan FA. Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail menyatakan kekesalan beliau ke atas masalah ini.

Beliau berkata: “Ini merupakan senario sama pada setiap hujung musim, semenjak PFAM ditubuhkan pada tahun 2014. Ternyata, senario ini masih merupakan ‘ulang siaran’.”

Menurut Izham Ismail pada tahun ini, angka tunggakan gaji pemain sudah mencecah RM4 juta.

Izham menambah: “Saya kesal, pasukan-pasukan seperti DBKL FC, Kuantan FA, Terengganu City dan Kelantan masih berdegil sekalipun sudah mendapat arahan FAM. ”

“Saya juga berharap pasukan Perlis dan Pulau Pinang, berpegang kepada janji untuk melangsaikan hutang sepertimana yang dipersetujui dan bukan sekadar gimik bagi membolehkan mereka beraksi di saingan musim hadapan,” katanya lagi.

Pada 2 November 2018 – Utusan Malaysia melaporkan seramai 26 orang bekas pemain serta barisan kejurulatihan Kuantan FA menuntut gaji mereka. Menurut laporan tersebut, tunggakan tersebut sudah sampai setahun – bermula November 2016.

Mereka kecewa kerana tiada perkembangan terkini dibertahu kepada mereka. Salah seorang bekas pegawai Kuantan FA,Rizal Budiman berkata: “Sekurang-kurangnya berilah kami jawapan, kalau terus diam macam ini, susahlah. Bukan sebulan dua [tunggakan gaji], tapi sudah lebih 12 bulan, bagaimana kami hendak meneruskan kehidupan seharian.”

Rizal juga memberitahu ada para bekas pemain yang melakukan kerja di kampung, ada yang menjadi pencuci kereta untuk menampung perbelanjaan harian mereka dan keluaga. Ada juga di antara mereka yang ditarik kereta mereka kerana gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan.

Menurut Rizal lagi jumlah tunggakan yang perlu dibayar kepada bekas pemain dan pegawai Kuanta FA adalah sekitar RM3 juta. Beliau juga memberitahu sudah banyak kali bertolak ansur dalam isu itu. Namun masih juga pihak pengurusan gagal membayar hak mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN