Gagal Rangkul Kejuaraan Piala AFF 2022, Skuad Indonesia Sah ‘Bubar’

Indonesia menjadi antara pasukan paling banyak diberi tumpuan kali ini dalam saingan Piala AFF 2022, kerana pencapaian mereka selaku finalis pada tahun lalu.

Berdasarkan persiapan yang dibuat sebelum saingan Piala AFF ini bermula, ramai yang beranggapan mereka mungkin akan merangkul kejuaraan tersebut buat pertama kali menerusi barisan pemain serta kejurulatihan berprofil tinggi.

Tambahan pula, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sendiri memberi sasaran untuk pasukan tersebut menjuarai saingan Piala AFF berdasarkan prestasi mereka musim lalu.

Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan selepas Indonesia sekadar terkandas di peringkat separuh akhir apabila mereka mencatat kekalahan di tangan Vietnam.

Selasa lalu, skuad kebangsaan tersebut telah pun selamat tiba di Indonesia, dan sekali gus pasukan tersebut kembali berpecah untuk para pemain kembali menyertai kelab masing-masing bagi meneruskan saingan Liga 1 Indonesia.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi Ketua Umum PSSI iaitu Mochamad Iriawan yang memaklumkan para pemain kini kembali ke pangkuan kelab masing-masing.

Walaupun begitu, beliau juga menyatakan beberapa pemain lain masih kekal di Jakarta kerana ada beberapa urusan mereka perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Saingan Liga 1 Indonesia akan terus bersambung dan para pemain sudah pun pulang bersama kelab masing-masing untuk meneruskan saingan tersebut.

“Memandangkan ada pemain yang beraksi di luar negara, mereka juga akan segera meninggalkan Indonesia kerana persaingan liga di sana juga ada yang telah berjalan,” jelas Iriawan menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Iriawan juga tidak lupa untuk memberi kata-kata motivasi kepada para pemain Indonesia selepas perjalanan mereka berakhir dalam saingan Piala AFF.

Jelas Iriawan, para pemain perlu terus kekal bersemangat untuk terus meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang.

“Apa yang lebih penting, para pemain perlu kekal semangat untuk terus menaikkan lagi prestasi mereka pada masa akan datang,” tambah Iriawan.

Dijangka skuad kebangsaan ini akan kembali berkumpul pada pertengahan Mac ini untuk aksi antarabangsa mengikut kalendar FIFA yang sudah ditetapkan.

Untuk rekod, Indonesia sudah pun melangkah ke pusingan akhir kejohanan Piala AFF sebanyak enam kali, dan mereka masih belum berjaya muncul selaku juara.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN