Malang Buat Singapura, Giliran Ilhan Fandi Pula Alami Kecederaan Teruk

Penyerang muda Singapura iaitu Ilhan Fandi terpaksa melupakan seketika akan dunia bola sepak, apabila beliau perlu berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut sebelah kiri.

Insiden malang ini berlaku membabitkan beliau ketika perlawanan antara Singapura dan Vietnam berlangsung pada peringkat kumpulan B dalam Piala AFF 2022.

Menerusi satu maklumat rasmi yang dimuat naik di media sosial milik Football Association of Singapore (FAS), difahamkan Ilhan telah pun menjalani pembedahan itu dan kesemua kos rawatan di tanggung sepenuhnya oleh FAS.

Jangkaan untuk Ilhan kembali aktif dalam kancah bola sepak mungkin akan memerlukan masa antara enam hingga sembilan bulan dan bergantung kepada rawatan yang beliau jalani.

Jika beliau sudah pulih sekalipun, Ilhan tetap memerlukan tahap keyakinan tinggi untuk kembali beraksi di atas padang serta mengembalikan konsistensi seperti sebelum itu.

Disebabkan dirinya mengalami kecederaan ketika mewakili negara dalam pertandingan di rantau ASEAN, FAS akan berbincang dengan kelab beliau dari Belgium iaitu KMSK Deinze untuk tindakan lanjut serta apa harus mereka lakukan demi memulihkan kembali pemain ini.

Pemain berusia 20 tahun ini antara tonggak penting dalam skuad kebangsaan Singapura dan menggalas tanggungjawab besar untuk membantu pasukannya mara lebih jauh.

Namun, kerana kecederaan yang beliau alami itu telah pun meranapkan terus impian skuad Kota Singa mara lebih jauh dalam pertandingan tersebut.

Ilhan juga berjaya meledak satu jaringan ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Myanmar dalam aksi peringkat kumpulan.

Walaupun begitu, beliau tidak dapat diturunkan ketika perlawanan terakhir dalam aksi menentang Malaysia dan menyaksikan pasukannya tewas 1-3 serta gagal mengulangi pencapaian edisi sebelum ini, selepas Singapura berjaya mara sehingga ke separuh akhir.

Agak malang bagi adik beradik tersebut, apabila abangnya iaitu Ikhsan Fandi turut mengalami kecederaan di bahagian lutut sebelum pertandingan bermula.

Mungkin atas faktor ini ada sesetengah kelab di Malaysia tidak mahu melepaskan pemain mereka mewakili pasukan kebangsaan dalam kejohanan yang tiada dalam kalendar FIFA kerana risau akan mengalami kecederaan serius seperti Ihsan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN