Gagal Patuhi SOP, MFL & Terengganu FC Dikompaun Jabatan Kesihatan

Gagal mematuhi SOP ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang lalu, Malaysian Football League (MFL) dan Terengganu FC telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada hari ini.

Perkara itu disahkan melalui satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Hjh Kasemani Bt Embong pada hari ini.

Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang JDT yang diadakan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Nerus itu didapati melanggar beberapa peraturan asas yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malayssia (KKM) ketika membenarkan kemasukan penyokong kembali ke stadium untuk pertandingan Piala Malaysia.

Antara perkara yang diabaikan adalah pihak penganjur gagal memastikan penyokong yang hadir mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sepanjang masa sepanjang perlawanan diadakan.

Sehubungan dengan itu, dua kompaun dikeluarkan oleh agensi penguatkuasaan tersebut, masing-masing untuk MFL dan Terengganu FC.

Terengganu FC dan MFL dikompaun kerana melanggar Peraturan 16 P.U (A) 239/2021 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Kebenaran untuk penyokong kembali ke stadium diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 September lalu, dengan beberapa syarat ketat dalam usaha kerajaan untuk terus mengawal jangkitan penyakit Covid-19 di negara ini.

“Membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi.

“Dengan syarat, penonton/penyokong sudah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.

“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung,” katanya.

Sebelum ini kehadiran penonton ke stadium hanya dibenarkan pada awal April lalu, iaitu lebih setahun selepas Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Sebelum ini Kuala Lumpur City FC dikenakan hukuman  beraksi tanpa penyokong apabila didakwa melanggar SOP selepas segelintir penyokong bertindak menceroboh padang di peringkat suku akhir.

Bagaimanapun hanya denda di peringkat MFL sahaja dikenakan, dan tiada denda daripada pihak berkuasa tempatan untuk kesalahan tersebut.

Pada 7 November lalu pula, Terengganu FC diberikan amaran keras oleh badan penganjur itu selepas menerima laporan beberapa pemain Terengganu FC tidak mengekalkan penjarakan sosial dengan penyokong dan telah berlari ke arah penyokong untuk meraikan gol kedua Terengganu FC dalam perlawanan menentang Selangor FC dalam saingan peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN