“Jaga Pasukan Baik-Baik Lepas Ni..” – Antara Pesanan Baddrol Bakhtiar Usai Tewas Kepada JDT

Baddrol Bakhtiar pasukan Kedah 2021 Sabah 2022

Rupa-rupanya, selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021, Baddrol Bakhtiar sudah mula meninggalkan pesanan-pesanan kepada rakan sepasukannya tentang pasukan.

Selain itu, satu muat naik status penghargaan kepada Baddrol Bakhtiar oleh seorang penyokong tegar skuad Hijau Kuning, sebelum segalanya tersebar, juga seolah-olah memberi petanda awal penghijrahannya. Ini yang menguatkan lagi spekulasi beliau akan berhijrah meninggalkan pasukan musim hadapan pada awalnya.

Dua jam sebelum bekas pengendali skuad ‘Double Treble’, Azraai Khor mengucapkan ‘farewell’ kepada Baddrol Bakhtiar, MHazriq Fahimy Abdullah telebih dahulu mengucapkan terima kasih atas segalanya kepada pemain tengah itu sambil turut memuat naik sekeping gambarnya bersama Baddrol Bakhtiar dengan satu ‘ritualnya’.

Menjadi amalan dan ‘ritual’ Hazriq Fahimy menghadiahkan kepada pemain yang bakal berhijrah sebuah bingkai gambar pemain itu berserta dengan autografnya. Apabila gambar Baddrol Bakhtiar melalui ‘ritual’ itu, ia seolah-olah memberi petanda yang kisah penghijrahannya adalah benar, hanya menanti masa untuk diumumkan.

Mungkin masih ada berbaki sisa-sisa kepercayaan di kalangan penyokong Kedah Darul Aman, kapten dan legenda hidup mereka, Baddrol Bakhtiar akan kekal di bumi Darul Aman untuk saingan musim hadapan.

Ini kerana, menurut portal Cakap Sukan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya menanti pemain itu selesai tugasan skuad kebangsaan sebelum membuka meja perbincangan.

“Memang kontrak Baddrol tamat akhir tahun ini dan saya tidak mahu menggangu dia kerana ketika ini dia bersama pasukan kebangsaan yang akan bertanding pada Piala AFF Suzuki di Singapura [pada Disember].

“Tidak adil saya sebarang komen ketika ini. Biarlah kita tunggu dia pulang dari khidmatnya bersama pasukan Harimau Malaya baru kami akan berunding dengan dia untuk mendapatkan tandatangan kontrak baru bagi dia bersama kita untuk musim 2022,” jelas Khamal mengenainya yang boleh menimbulkan sedikit persoalan.

Persoalannya, kontrak Baddrol Bakhtiar mungkin akan tamat pada hujung November – jika bersandarkan pada kebiasaan kontrak Liga Malaysia, dan kejohanan Piala AFF Suzuki adalah sehingga ke 1 Januari 2022. Jadi, adakah pengurusan Kedah mahu berbincang dengan lagenda mereka selepas kontraknya telah berakhir?

Ada ‘cakap-cakap’ yang mengatakan sejak awal Datuk Ong Kim Swee mengambil alih Sabah FC lagi, Baddrol Bakhtiar telah menjadi sasaran awalnya. Sepatutnya pihak pengurusan pasukan telah mengambil langkah awal.

Namun, mungkin segalanya sudah berakhir dan Baddrol Bakhtiar sudah pun bersetuju untuk meninggalkan pasukan – mungkinlah. Masih belum ada pengumuman rasmi mengenainya daripada pihak Kedah dan Sabah.

Selain itu, satu perkongsian menarik daripada jurugambar bola sepak Kedah, Izo Hakim menarik perhatian iaitu pesanan Baddrol Bakhtiar kepada rakan-rakannya selepas mereka tersingkir daripada Piala Malaysia.

“Masih terngiang-ngiang di telinga ini, ‘Jaga team baik-baik lepas ni’. Berulang kali pesanan ini Badd tujukan pada rakan-rakan sepasukan di hotel penginapan pemain usai perlawanan dengan JDT tempohari. The truth is, its damn hurt..” titip jurugambar itu di akaun Facebooknya dan ia menambah rencah perkhabaran ini lagi.

Dalam coretan Hazriq Fahimy seperti memberi ‘hint’ pasukan seterusnya buat lagenda skuad Hijau Kuning itu.

Secebis penghargaan dari aku,
Gunung Jerai Gunung Kinabalu,
Terima kasih atas Kenangan,
Biar Jasa Jadi Kenangan
Jaga diri kamu ba!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN