Penyerang Australia, Daniel Arzani mengesahkan beliau akan meninggalkan Celtic apabila tempoh pinjamannya selama dua tahun di kelab Scotland itu tamat pada bulan depan.
Arzani menyertai Manchester City selepas membuat penampilan cemerlang untuk Australia semasa kejohanan Piala Dunia 2018 dan terus dipinjamkan selama dua musim ke Celtic.
Bagaimanapun, pemain itu hanya sempat beraksi selama 28 minit sahaja selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dalam penampilan pertamanya untuk juara Scotland tersebut.
Where next for Daniel Arzani, Celtic’s unluckiest transfer signing?https://t.co/aNwY64U4Dm pic.twitter.com/zPM8G9pZQN
— Record Celtic Podcast (@DR_Celtic) May 8, 2020
Selepas dua tahun yang boleh dianggap ‘sia-sia’ dengan hanya beraksi dua perlawanan sahaja di Liga Scotland, kini, pemain berusia 21 tahun itu dijangka akan terus dipinjam ke pasukan lain untuk membuktikan keupayaannya di pentas Eropah.
“Saya memilih Eredivisie di Belanda kerana liga itu sangat bagus dan telah melahirkan ramai pemain-pemain berbakat.” kata Arzani kepada The World Games.
“Saya berdepan dengan dua tahun yang amat sukar dalam karier saya. Celtic sebenarnya adalah satu pasukan yang sangat bagus, ada ramai orang yang baik di sana. Tetapi yang lebih penting untuk saya adalah minit permainan, saya gagal mendapatkannya di sana.
Daniel Arzani desperate for Celtic departure as winger spies Netherlands deal for 'proper shot'https://t.co/xum6yQb7g6 pic.twitter.com/aEem5l7zng
— Daily Record Sport (@Record_Sport) May 8, 2020
“Saya telah dikecewakan dengan kecederaan untuk jangka masa yang amat panjang dan penting untuk saya bangkit mencari tempat yang saya boleh bermain dengan lebih kerap selepas ini.”
“Tidak ada guna untuk terus berfikiran negatif dan mengenang apa yang telah berlaku dalam dua tahun ini. Sasaran saya adalah untuk terus mengembangkan karier saya di Eropah dan kembali ke landasan yang betul.” tambahnya lagi.