Gabriel Magalhaes Percaya Henderson Guna Bahasa Portuguese Untuk Memakinya

Gabriel Magalhaes percaya yang ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson telah menggunakan bahasa Portuguese untuk memakinya ketika dalam aksi pertemuan The Reds bertemu Gunners awal bulan lalu.

Henderson dan Gabriel bergaduh ketika sedang beraksi dalam perlawanan yang memperlihatkan Arsenal berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Emirates itu.

Kedua-dua mereka bergaduh besar selepas Arsenal pada ketika itu dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Henderson dan Gabriel terpaksa ditenangkan oleh pemain-pemain lain, dengan pengadil perlawanan Michael Oliver menerima aduan dari pemain pertahanan Arsenal itu bahawa beliau mendengar ketua pasukan Liverpool mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya kepadanya.

Gabriel memberitahu Michael Oliver yang Jordan Henderson telah menggunakan kata-kata kesat dan berunsur hinaan ketika kedua-dua mereka sedang bergaduh.

Aduan dari Gabriel Margalhaes itu membawa kepada siasatan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Inggeris yang kemudiannya tampil menyiasat insiden tersebut.

Saksi dan kedua-dua pemain telah dipanggil untuk memberi keterangan berkait insiden tersebut, dengan pakar membaca gerak bibir juga turut terlibat untuk membantu siasatan.

Selasa lalu telah diputuskan secara rasmi yang Jordan Henderson tidak bersalah selepas pihak FA melakukan siasatan penuh ke atas kes tersebut.

Wartawan Daily Mail, Martin Samuel kemudiannya tampil untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkait hal tersebut dengan beliau mendakwa Gabriel sudah menghantar aduan rasmi kepada FA selepas bintang Brazil itu percaya yang Henderson berkali-kali mencarut menggunakan bahasa Portuguese untuk memakinya.

“Henderson dikatakan telah memberitahu penyiasat yang beliau hanya menyatakan ‘f****** idiot’ sahaja kepada Gabriel, namun Gabriel percaya yang dia (Henderson) telah menggunakan perkataan lain, yang jauh lebih teruk dengan menggunakan bahasa Portuguese.”

“Tidak ada pemain lain yang disoal, dari kem Arsenal atau Liverpool, boleh dikatakan mereka semua sepakat yang Gabriel bukan mengada-adakan cerita, cuma beliau sedikit salah faham sahaja.”

Tulis Samuel.

“Jadi sekarang, kemungkinan untuk Henderson bercakap dalam bahasa Portuguese-Brazilian itu sebenarnya agak mustahil kerana dia tak mahir.”

“Ada juga yang percaya bahawa Henderson mungkin sudah belajar perkataan tersebut dari rakan sepasukannya yang menggunakan bahasa tersebut walaupun beliau dikenali sebagai seorang ketua pasukan yang paling disenangi.”

“Selepas memikirkan segala kebarangkalian, tuduhan itu sepertinya tidak dipedulikan kerana pihak FA sudah menjalankan siasatan mereka.”

Keputusan pihak FA melepaskan Jordan Henderson jelas sekali merupakan berita gembira untuk skuad Liverpool dan England.

Memandangkan Piala Dunia hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, khidmat Henderson jelas sekali sangat ditagih oleh skuad kendalian Gareth Southgate itu.

Pemain midfield itu juga dijangka akan menyertai skuad The Three Lions untuk beraksi di pentas Piala Dunia yang akan berlangsung pada 20 November nanti itu.

Henderson selepas ini sangat diharapkan akan mampu memperkuatkan skuad Liverpool yang ketika ini sedang teruk dibelenggu krisis kecederaan pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN