FWWC: Ketinggalan 2 Gol, Matildas Bangkit Tewaskan Brazil 3-2

Australia memastikan kempen Piala Dunia Wanita mereka terus hidup selepas mengejutkan Brazil 3-2. Australia bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menang 3-2. Ianya bukan kebangkitan yang mudah. Tetapi Australia ternyata berhak mendapatkannya.

Brazil di hadapan dengan 2 gol menerusi penalti oleh Marta dan juga gol tandukan seorang lagi legenda Brazil Christiane.

Sebelum wisel rehat separuh masa, Caitlin Foord merapatkan jurang gol – pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Brazil kemudian melakukan 2 pertukaran pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Formiga dan Marta. Pertukaran ini jelas merencatkan rentak pasukan Brazil.

Separuh masa pertama ternyata sengit di antara kedua-dua pasukan. Australia dilihat semakin mulai mendapat lebih keyakinan.

Australia diberikan ruang sangat banyak pada separuh masa kedua. Ianya membuatkan pasukan yang bergelar Matildas itu mendapat lebih keyakinan dan lebih intensif.

Chloe Logarzo menyamakan kedudukan pada minit ke-58. Pemain yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Dan hari Brazil menjadi lebih suram apabila Monica melakukan jaringan sendiri. Jaringan tersebut agak kontroversi, walaupun disahkan selepas tinjauan VAR. Ini kerana Sam Kerr jelas berada dalam kedudukan yang aktif terlibat dalam situasi tersebut.

Brazil tewas 2-3 di tangan Australia. Beberapa pegawai dan pemain mereka mempersoalkan keputusan pengadil pada wisel penamat.

Ianya satu kemenangan berharga untuk Australia selepas mereka tewas perlawanan pertama. Kini Brazil berada dalam tekanan untuk mengelakkan diri daripada tersingkir awal. Kini ada 3 pasukan yang sudah mengutip 3 mata iaitu Itali, Brazil dan Australia.

Brazil akan berhadapan dengan Itali dalam perlawanan terakhir, yang sebelum ini menang ke atas Australia. Itali akan turun pada hari ini menentang Jamaica.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN