Pasukan pilihan yang juga tuan rumah – Perancis memulakan langkah kanan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita 2019. Perancis menang bergaya 4-0 ke atas Korea Selatan.
Perancis turun dengan pasukan yang kuat kali ini terutama sekali dengan pemain-pemain daripada kelab elit wanita Lyon FC.
The Magnificent 7🇫🇷
France's FIFA Women's World Cup roster boasts 7 members of Olympique Lyon Feminin's treble-winning side this season 🏆🏆🏆 #FWWC pic.twitter.com/hiwxtGSwjA
— FOX Soccer (@FOXSoccer) June 7, 2019
Eugenie Le Sommer meletakkan Perancis di hadapan seawal minit ke-9. Itu merupakan jaringan terpantas dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Wanita.
Tidak lama selepas itu Perancis hampir menambah gol menerusi Mbock Bathy Nka, namun ianya dibatalkan oleh VAR – hanya sedikit sahaja beliau berada dalam kedudukan ofsaid.
Pada minit ke-41, Wendie Renard menanduk masuk gol kedua pasukan Perancis. Renard sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan pada masa kecederaan separuh masa pertama. Maka tidak hairanlah beliau diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.
Ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, pasukan Korea Selatan cuba memberikan cabaran kepada Perancis pada separuh masa kedua. Namun ianya ternyata sukar. Perancis terus dominan dan berkali-kali menyerang kubu Korea Selatan.
Korea Selatan melakukan percubaan tepat pertama mereka hanya selepas 1 jam 4 minit. Itulah tempoh penjaga gol Perancis diberikan tugasan pertama dalam perlawanan ini.
Ketika perlawanan berbaki 5 minit, Perancis menambah 1 lagi gol menerusi kapten, Amandine Henry. Perancis menang 4-0.
4 – France’s 4-0 win over Korea Republic is the biggest win by a host nation in their opening game of a @FIFAWWC tournament since China PR defeated Norway 0-4 in 1991. In that year, Norway went on to reach the final before losing to the United States. Overpowered. #FIFAWWC pic.twitter.com/1JhnoC7q91
— OptaJoe (@OptaJoe) June 7, 2019
Satu kemenangan yang selayaknya untuk Perancis. Korea Selatan masih banyak kerja perlu diperbaiki di pusat latihan.
Enjoy that, #FRA fans? #FRAKOR // #FIFAWWC pic.twitter.com/6l1Ef4xedU
— FIFA Women's World Cup (@FIFAWWC) June 7, 2019