Hantaran sayap ke sayap adalah satu taktik untuk menukar arah segera. Ianya biasa dilakukan apabila pihak lawan menutup rapat bahagian pertahanan dan pivot pasukan anda terkepung.
Pivot merujuk kepada pemain serangan utama yang berada di atas untuk menerima bola. Anda harus baca artikel ini jika anda tidak tahu makna pivot dalam futsal.
Konsep
Konsep hantaran sayap ke sayap adalah hantaran horizontal atau menyilang bakannya hantaran diogonal. Jadi kadar ancaman terus hantaran ini agak rendah.
Ianya lebih kepada usaha mengelakkan penguasaan bola hilang terlalu mudah.
Kekuatan
1. Mendesak lawan membuka ruang
Ia akan mendesak pihak lawan untuk membuka ruang kerana jaraknya yang dari sayap ke sayap sebelah. Pihak lawan perlu untuk mengecilkan ruang dengan bergerak secara unit dari sebelah kanan dan kemudian ke kiri dan sebaliknya.
Ia juga boleh menarik keluar pemain lawan dari zonal marking mereka, dan anda boleh manipulasi ruang tersebut.
Ini adalah contoh pemain no. 4 mendapat ruang setelah pasukan biru cuba menutup ruang di kiri. Pemain kuning boleh melakukan hantara ke sebelah sana dengan segera.
2. Mengurangkan serangan balas
Hal ini kerana, pasukan anda akan lebih dominasi ke atas bola dan kurang risiko untuk hilang bola dengan mudah kerana cuba menggelecek ataupun menerima bola di dalam kawasan yang sudah dikawal ketat.
Taktikal ini lebih sabar dalam usaha untuk mencari ruang terbaik.
3. Menyedut tenaga pasukan lawan
Bielsa ada berkata: “Dalam bola sepak kamu boleh memilih, sama ada untuk letih menguasai bola ataupun letih mengejar bola?”
Dalam futsal konsep yang sama. Apabila anda efektif melakukan hantaran sayap ke sayap, anda boleh menjadikannya salah satu cara ‘menyedut’ tenaga pasukan lawan.
Kelemahan hantaran sayap ke sayap
1. Risiko pintasan pihak lawan
Walaupun kami menyatakan di atas ini, ia kurang risiko untuk diserang balas. Namun ianya lebih kepada kadar kekerapan serangan balas yang berkurangan tetapi:
Jika ia dipintas,ia akan mewujudkan ancaman secara langsung (direct). Taktikal hantaran sayap ke sayap kadangkala berlaku disebabkan pihak lawan menutup rapat selepas mendahului. Ia adalah isu kualiti ancaman serangan balas lawan.
Jika hantaran anda lemah dan dipintas maka anda mengundang malapetaka berganda apabila pasukan anda gagal untuk bersaing secara pace.
2. Tidak penetratif
Ianya memang satu hantaran yang dilakukan kerana pasrah dan sukar untuk memecahkan blok pertahanan dengan segera. Mereka gagal berhubung/connected dengan pivot.
Jadi, elakkan daripada melakukannya terlalu banyak. Ia akan jadi syok sendiri.
Cara terbaik ia dilakukan
1. Kelajuan hantaran
Anda harus letakkan isu ketepatan sebagai aspek kedua. Utamakan kelajuan hantaran anda agar ia tidak dipintas oleh pihak lawan.
2. Ketepatan
Ini adalah perkara kedua terpenting selepas kelajuan. Jika anda meletakkan nisbah kepentingan kelajuan dan hantaran, mana satu lebih tinggi, kami rasakan kadarnya adalah 55%:45%.
3. Visi
Ini juga pekara penting. Visi anda harus tinggi dan tahu apakah yang akan bakal berlaku. Adakah rakan anda di hujung sana akan melakukan larian overlap ataupun back door cut.
Jika itu berlaku, bola akan hilang begitu sahaja. Visi ini juga boleh diperbaiki di dalam pasukan jika anda memahami potensi attitude rakan anda. Jadi banyakkan bermain bersama-sama.
3. Penjaga gol memberikan sokongan taktikal
Penjaga gol perlu memainkan peranan untuk berada di satu kawasan yang terbaik untuk memastikan mereka boleh membantu sekiranya bola dipintas.
Namun sekiranya pasukan bermain dengan sistem flying-keeper ketika ketinggalan, nampaknya tips ini tidak terpakai.
Rumusan
Ia adalah taktikal yang kurang penetratif, sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk mencari ataupun membuka ruang ketika pertahanan lawan menutup ruang dengan ketat.
Ia boleh menjadi bom jangka yang membunuh diri sendiri (self-destruct) jika dilakukan dengan cuai.